PENCARIAN

Jan 3, 2012

PSS MENCEMERLANGKAN

LOSININ BIN JOHALIN,
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH
PUSAT KEGIATAN GURU, RANAU


PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR

ABSTRAK

Telah sekian lama Pusat Sumber Sekolah (PSS) wujud. Dulu dikenali sebagai Kutub Khanah, kemudian Perpustakaan. Apabila elemen perpustakaan ditambah dengan APD dan Multimedia, diubah pula namanya kepada Pusat Sumber Sekolah. Dalam tempoh itu, banyak PSS yang menjulang nama. Tak sedikit juga yang hanya tinggal nama. Kajian tentang kesesesuaian penggunaan PSS sebagai medium pengajaran dan pembelajaran banyak dilakukan untuk mendokumentasikan bukti dan harapan agar PSS diberikan keutamaan dalam pengurusannya di sekolah-sekolah. Teringatkan kata-kata Kung Fu Tze, seorang ahli falsafah Cina yang mengatakan:

” Kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat, saya ingat; dan kalau saya buat, saya tau”

Kata-kata di atas amat sesuai untuk mewakili fungsi PSS itu sendiri yang menjadi gudang media sekolah. Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menambahkan keberkesanan dan memudahkan pelajar menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar oleh guru. Kajian awal yang telah dijalankan olehNordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu membawa pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran.  Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”
Pusat sumber sebagai gedung ilmu menyumbangkan peranan yang besar kepada kecemerlangan pelajar. Pusat sumber membantu pelajar membekalkan seberapa banyak ilmu dan kemahiran dengan adanya media-media yang terdapat di pusat sumber. Program-program yang dirancang oleh Pasukan PSS yang terdiri daripada pihak pengurusan, Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong PSS dan Pustakawan juga memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasah bakat mereka dalam bidang ko-kurikulum. Oleh itu, peranan yang besar perlu digalas oleh Pasukan PSS bagi mempastikan misi serta visi ini terlaksana dan tercapai. 


A. Pengenalan

Pusat sumber merupakan gedung ilmu, juga jantung dan nadi kepada sekolah. Budaya ilmu lahir di Pusat sumber. Budaya membaca juga bermula di Pusat sumber.

Oleh sebab Pusat sumber sebagai gedung ilmu dan jantung atau nadi kepada sekolah, maka ia memainkan peranan yang besar dan penting ke arah membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. 

Di dalam mempastikan impak yang tinggi, pusat sumber sekolah boleh memainkan peranan sebagai nadi kepada pembangunan pendidikan. Antara peranan utamanya ialah :

1. Mengesan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

2. Menilai bahan-bahan yang mempunyai hubungan dengan bidang dan matapelajaran

3. Melengkapkan penggunaan ‘courseware’ yang bersesuaian dengan sistem pengurusan sekolah bestari (SSMS).

4. Mengesan dan menyimpan data-data individu sebagai bahan sumber untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku skrap.

Pusat sumber bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merupakan pusat penyimpanan koleksi maklumat yang terkini dipilih dan disimpan secara sistematik untuk digunakan oleh pengguna mengikut keperluan. Terdapat juga perkhidmatan serta pelbagai program yang dijalankan untuk pelajar dan guru sekolah mengunakan bahan-bahan serta peluang-peluang yang terdapat di dalamnya.


B.  Fungsi pusat sumber

Pusat sumber mempunyai tiga fungsi utama iaitu teknologi pengajaran, makmal pembelajaran dan pengurusan ilmu .

1. Teknologi pengajaran

  • Fungsi sebagai teknologi pengajaran memerlukan pusat sumber; menyediakan bahan pengajaran,

  • memberi peluang kepada pelajar mengunakan bahan dalam pelbagai bentuk (computer, projector,slide, dan lain-lain),

  • memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran,

  • menarik minat pelajar terhadap pelajaran,

  • memperkukuhkan kualiti bahan pengajaran dengan pengunaan komputer,

  • mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan mereka dan mengeluarkan lagi bahan baru,

  • meningkatkan keberkesanan bahan pengajaran melalui persembahan yang menarik,

  • menyatukan pengunaan grafik, video, audio dan teks dalam bentuk media menjadi satu persembahan yang bersepadu,

  • meningkatkan komunikasi pembelajaran dengan pelajar lain di seluruh dunia

  • pelajar boleh mengunakan komputer dalam menyempurnakan tugas mereka.

2.  Makmal Pembelajaran

Manakala peranan pusat sumber sebagai makmal pembelajaran pula ialah;
  • merancang media pendidikan yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran,
  • mengumpul dan menyebarkan segala macam maklumat yang berkaitan dengan teknologi dan reka bentuk pengajaran,

  • mengumpul maklumat dan mengedarkan berbagai jenis alat dan bahan mengajar (cetak dan bukan cetak) untuk kemudahan guru dan murid,

  • menyediakan kemudahan dan perkhidmatan media yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza antara satu dengan yang lain,

  • membantu guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang telah dihasilkan oleh guru sendiri atau yang diberi oleh pihak pembekal serta

  • melatih dan mengalakkan guru mengunakan alat dan bahan media mengikut pendekatan sistem.

3.  Pengurusan ilmu

Fungi pusat sumber dalam pengurusan ilmu pula ialah;
  • untuk mengenalpasti bahan atau ilmu yang diperlukan oleh sesebuah sekolah,

  • untuk mempastikan bagaimana ilmu dapat distrukturkan untuk memenuhi keperluan pelajar,

  • membantu pelajar dan pengajar mengunakan kaedah IT untuk akses ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber serta

  • membantu guru dan pelajar menggunakan ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber secara kreatif.

Melihat kepada fungsi-fungsi yang perlu dimainkan oleh pusat sumber di dalam pendidikan bestari bagi melahirkan pelajar cemerlang ini jelas ianya perlu menghadapi pelbagai cabaran berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.

4. Pengurusan Program PSS

  • Merancang dan melaksana aktiviti ko-kurikulum untuk mengasah bakal pelajar

  • Dapatkan contoh program yang sesuai dengan pelajar mengikut sekolah

  • Adakan ”smart partership” dengan jabatan / panitia / persatuan / kelab 

C. Enam Bahagian Utama Dalam Pusat Sumber

Untuk mempastikan pusat sumber sekolah dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam merealisasikan pendidikan bestari dan cemerlang, pusat sumber sekolah perlu mempunyai enam bahagian utama iaitu:

1. Makmal PUSAT AKSES yang dilengkapi dengan komputer yang mempunyai kemudahan internet untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran berbantukan komputer.

2. Bilik akses kendiri di mana disediakan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara individu mmengikut keperluan mereka.

3. Bilik alat pandang dengar (APD) pula menempatkan semua alat pandang dengar seperti radio, video, projector, ‘overhead projector, CD ROM dan lain-lain.

4. Perpustakaan pula menempatkan buku, akhbar, majalah, jurnal, peta, glob dan lain-lain.

5. Bilik simulasi pula menempatkan bahan-bahan yang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka secara individu atau berkumpulan.

6. Bilik bahan bantu mengajar menempatkan segala bahan yang telah dihasilkan oleh guru media dan guru-guru untuk digunakan oleh guru-guru lain dalam P&P

D. Pengurusan sumber – sumber di dalam pusat sumber

Pusat sumber memainkan peranan menguruskan pelbagai sumber pendidikan untuk memenuhi keperluan kurikulum bestari serta memenuhi gaya dan keupayaan belajar pelajar yang tidak serupa antara satu sama lain . Antara sumber-sumber yang perlu diuruskan oleh pusat sumber ialah :

1. Wujudkan pengkalan data yang lengkap termasuk video dan audio untuk memudahkan pembelajaran lebih cepat dan tepat melalui system otomasi dan rangkaian pangkalan data. Sistem simpanan maklumat berkomputer perlu direncanakan supaya semua penguna dapat akses maklumat dalam pelbagai bentuk.
2. Berupaya menyediakan tugasan yang diberikan secara individu dalam bentuk bercetak dan elektronik. Bahan rujukan boleh diperolehi dengan cepat. Pusat sumber mempunyai koleksi media bercetak seperti buku dan bukan cetak seperti video, gambar dan audio. Tugasan ilmiah boleh disempurnakan secara “online” melalui bantuan komputer seperti mel elektronik atau forum dalam blog.
3. Menguruskan perisian kurikulum di mana guru media, guru subjek, pelajar dan staf lain boleh, merancang, mengelola, membimbing dan mengawal pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan perisian pembelajaran.

4. Boleh mengakses pangkalan data kebangsaan dan antarabangsa di mana pembelajaran tiada had, tiada sempadan masa dan tempat. Pembelajaran juga tiada had apa yang hendak dan boleh dipelajari. Ini akan menghasilkan kualiti dan kuantiti pembelajaran yang tinggi. Pengurusan pusat sumber yang berkesan ini dapat membantu pelajar di dalam proses pembelajaran bestari di mana cara pembelajarannya adalah dengan mengunakan courseware interaktif, mengunakan CD- ROM atau melalui intranet sekolah, dengan networking melalui e-mail kepada pakar / pihak tertentu, dengan mendapatkan bahan di internet, dengan berkongsi maklumat dengan rakan lain melalui perbincangan, dengan membuat lawatan ke tempat mempunyai sumber maklumat yang diperlukan serta memperolehi maklumat dari bahan konvensional seperti buku dan perpustakaan tradisional.

E. Peranan Guru Media, Guru Penolong PSS, Pengawas Pusat Sumber / Pustakawan

Pusat sumber yang cemerlang membantu menjana kecemerlangan pelajar. Maka semua pemimpin PSS dari atas sampai ke bawah perlu bekerjasama menjalankan peranan masing-masing.

  • Perancangan dan perlaksanaan program budaya ilmu serta wujudnya kolaborasi di antara GMP, GPPS, Guru Subjek, Pustakawan dan pelajar

  • Membantu guru untuk penyediaan alat bantu mengajar serta menunjuk ajar cara pengendalian alat atau teknologi ICT.

  • Pasukan PSS bekerjasama mengadakan orientasi pusat sumber kepada penguna iaitu pelajar, guru dan juga ibu bapa.

  • Pasukan PSS perlu mempromosikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan
pelajar mengenai penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pusat sumber serta mengalakkan dan pelajar  multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Untuk meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah dalam mengunakan sumber pengajaran yang terdapat di dalam pusat sumber, Pasukan PSS boleh mengadakan latihan kepada guru-guru serta pelajar bagaimana cara untuk mengakses maklumat serta juga mengadakan pameran

  • Pasukan PSS juga sentiasa mengemaskini bahan dan ilmu yang di dalam pusat sumber seperti menyediakan bahan-bahan pengajaran yang relevan dan mempunyai maklumat yang terkini
  • serta sentiasa bersedia mengubah kaedah tradisional kepada cara moden berdasarkan kepada perubahan teknologi terkini.

  • Pasukan PSS juga perlu bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelajar dalam usaha untuk menggalakkan pelajar mengunakan sumber dan melawat pusat sumber.

  • Bagi menarik agar pusat sumber sentiasa dikunjungi oleh penguna Pasukan PSS perlulah arif dalam mengurus pusat sumber secara efektif, efisyen serta membuktikan ianya mampu meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar 
E. Peranan Khas Guru Media Perpustakaan / Guru Penyelaras Bestari

Dalam mempastikan keberkesanan pengurusan serta perkhidmatan yang di sediakan oleh pusat sumber sudah tentu memerlukan seorang guru media dan penyelaras bestari secara sepenuh masa. Untuk itu mereka perlulah sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan (content knowledge) -ilmu mengurus pusat sumber, membuat keputusan, ilmu untuk membuat promosi atau memperkenalkan pusat sumber kepada penguna, mampu menjalankan penyelidikan dan mengaplikasikan hasil serta ilmu baru yang diperolehi dari penyelidikan bagi meningkatkan lagi keupayaan pusat sumber  

4.2 Peranan Pihak Pengurusan sekolah

Pengurusan pusat sumber yang berkesan lagi efektif untuk membantu melahirkan pelajar cemerlang tidak mungkin akan tercapai tanpa kesedaran serta keyakinan daripada pihak pengurusan sekolah. Sokongan yang berterusan amat diharapkan agar pusat sumber mampu berkembang. Pengurus sekolah perlu menyedari peri pentingnya peranannya. Sebagai langkah awal pengurus perlulah bertindak untuk :-

1. Berwawasan dan memahami visi pusat sumber
2. Memberi sokongan moral, teknikal, kewangan kepada pusat sumber
3. Mempastikan pembangunan fizikan PSS dilaksanakan dengan lancar

5. Penutup

Telah banyak bukti bahawa kecemerlangan PSS memberikan impak yang tinggi kepada kecemerlangan pelajar. Pelajar-pelajar cemerlang yang telah dinobatkan sejak tahun 2000 kesemuanya adalah juga penerima anugerah NILAM di pelbagai peringkat. TERBARU dalam Anugerah NILAM Kebangsaan 2008.. Adik Bessima Jamal dari SMK. Lok Yuk Likas..yang menguasai 8 bahasa adalah bintang berkelipan yang menghabiskan sebahagian daripada kehidupannya di Pusat Sumber. Dan yang paling penting lagi ialah PSS SM Lo Yuk juga adalah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah beberapa tahun yang lepas.. 

Cabaran dan Harapan Untuk PSS Daerah Ranau
“Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau bukan di sini, di mana lagi..”

No comments:

Post a Comment