PENCARIAN

Nov 4, 2013

Pembestarian Sekolah

 Pemantauan VLE ,.
Sila isi maklumat SpeedTEST disini bagi memudahkan tuan puan untuk mengisi maklumat pembestarian sekolah. Bagi mengisi maklumat berkenaan, Sila Klik pada url dibawah ini
PEMBESTARIAN SEKOLAH. Sekiranya ada masalah dan kesulitan, sila hubungi pihak PKG Jerteh 09-6902144.

Sep 24, 2013

Kursus Frog VLE Fasa 2


Pada 10 hingga 12 September 2013, Kursus FROG VLE fasa 2 telah diadakan di PKG Jerteh dan SMK Nasiruddin Shah. Peserta-peserta kursus terdiri dari sekolah ahli pkg jerteh, pkg raja dan pkg seri payung. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai pkg jerteh, en alham radie bin jusoh dan dibantu oleh pegawai dari pkg raja, pn dzarifah binti daud. Diharap kursus ini sedikit sebanyak dapat merealisasikan impian TPM dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran alaf baru,.. Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menjayakan kursus tersebut. Bersama Menangani Cabaran....

Jul 10, 2013

Kursus Frog VLE 2013



Pada 4 dan 5 julai 2013, Pihak PKG Jerteh telah mengadakan kursus FROG VLE untuk tahun 2013.
Seramai 32 orang peserta dari sekolah sekolah ahli pkg jerteh telah mengambil bahagian. Kursus ini dikendalikan oleh pegawai pkg jerteh, en alham radie bin jusoh dan dibantu oleh pegawai dari pkg raja, pn dzarifah binti daud. Diharap kursus ini sedikit sebanyak dapat merealisasikan impian TPM dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran alaf baru,.. Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menjayakan kursus tersebut. Bersama Menangani Cabaran....

Jun 18, 2013

Bengkel Penyediaan Bahan PdP

Pada 13 dan 16 Jun 2013, satu bengkel penyediaan bahan PdP menggunakan Adobe Photoshop telah diadakan di PKG Jerteh. Seramai 32 orang guru-guru pendidikan islam sekolah sekolah ahli pkg jerteh terlibat dengan bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah diurusetiakan oleh PTP PKG Seri Payung, En Hasrol Afendi. Semoga semua ilmu yang dicurahkan memberi kebaikan dan manafaat untuk semua yang terlibat,...