PENCARIAN

Feb 18, 2015

TAKLIMAT & BENGKEL PEMURNIAN INSTRUMEN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH BESUT 2015



Taklimat dan Bengkel Pemurnian Instrumen Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Besut 2015 telah diadakan pada 17 Februari 2015 bertempat di Bilik Seminar I, Pusat Kegiatan Guru Jerteh tepat pukul 2.30 petang. Taklimat dan bengkel ini adalah melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Besut dan hakim yang telah dilantik iaitu seramai 12 orang. Semenatara itu, Pegawai Perhubungan PPD-PKG iaitu Tuan Haji Mahusin bin Haji Mamat turut hadir bagi memberi amanat dan harapan beliau dalam memastikan Tokoh NILAM yang dinobat bagi mewakili Daerah Besut akan dapat menempa nama di peringkat yang terbaik untuk tahun 2015.

Feb 17, 2015

MESYUARAT JKPA PKG DAERAH BESUT BIL.1/2015


PKG Daerah Besut telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Bil.1/2015 pada 16 Februari 2015 bertempat di Dewan PKG Raja. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YM Tengku Muhd Abdussalam bin Tengku Awang yang mewakili Tuan KPP BTPN Terengganu. Sesi Soal Jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah di Daerah Besut mengutarakan persoalan secara terus kepada wakil setiap unit di BTPN Terengganu yang turut hadir pada mesyuarat tersebut. 

Feb 12, 2015

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SK PUSAT JERTEH 2015











Tanggal 11 Februari 2015, SK Pusat Jerteh telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Setiap tahun, Pusat Kegiatan Guru Jerteh juga turut bekerjasama dalam menjayakan kursus tersebut.  Pegawai Teknologi Pendidikan II, Pn. Siti Salha binti Mustafa telah mengendalikan satu slot berkenaan tanggungjawab dan bidang tugas sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah.