PENCARIAN

Feb 27, 2012

TINDAKAN SEGERA : Urusan Kenaikan Pangkat PPLD yang memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG1-1 (DG41)

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan  yang boleh didownload di laman web http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2012/02/tindakan-segera-urusan-kenaikan-pangkat.html ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
  • En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
  • Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149



Feb 15, 2012

CERAMAH KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SK PUSAT JERTEH 2012



Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SK Pusat Jerteh telah diadakan pada 15 Februari 2012 bertempat di Dewan Alamanda, Pusat Kegiatan Guru Jerteh. Ceramah Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber  dikendalikan oleh En. Alham Radzie bin Jusoh dan Pn. Siti Salha binti Mustafa. Ini bertujuan untuk memberi pengetahuan  dan pendedahan berkenaan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YM Engku Hjh Naimah bt. Engku Hj. Taib.


Feb 14, 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU



Pada 13/02/2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah berlangsungnya majlis anugerah kecemerlangan BTPN Terengganu & PKG rangkaiannya.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Tn. Haji Wan Mohd. Noor Bin Wan Endut berlangsung dengan penuh kemeriahan.

PKG Tok Jiring menerima anugerah PKG Berbangunan Terbaik, manakala PKG Bukit Payong menerima anugerah PKG Berbangunan Khas Terbaik. Namun demikan, PKG Jerteh juga menerima anugerah Penarafan Pusat Kegiatan Guru 5 Bintang. Tahniah kepada pegawai/staf yang berjaya merai anugerah serta jutaan penghargaan kepada Pengerusi JKPA PKG Jerteh yang sentiasa menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan. 


Feb 7, 2012

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN MEDIA



Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)


Peringkat             :      Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan               :      Guru Perpustakaan dan Media
Waktu bertugas  :     Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi  persekolahan.
   
A.    Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
    2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu     seminggu.
    3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan     pengajaran dan pembelajaran.
B.    Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

    1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
    2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM.
    3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
    4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah
    5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang  dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
    6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusankoleksi yang  komprehensif, seimbang dan kemaskini.
    7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
    8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.
    9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
    10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf     berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
    11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan  pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
    12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
    13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
    14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
    15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat  warga sekolah.
    16.  Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan     Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
    17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan     penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
    18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan     Pusat Sumber Sekolah.
    19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan     pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
    20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat     Sumber Sekolah.
    21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,     Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan     Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk     meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
    22.  Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada     Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan     Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
C.    Penglibatan Profesional
  1.     Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
  2.     Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
  3.     Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi     pendidikan.
D.    Am
1.    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah     dari semasa ke semasa.

Feb 3, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL



12 RABIUL AWAL 1433H / 05 FEBRUARI 2012

PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI




Pagi ini, 3 Februari 2012 di Auditorium Parcel E, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya berlangsungnya majlis  Pengiktirafah Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3. Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Beberapa buah sekolah seluruh negera yang memenuhi kreteria dan mencapai standard yang ditetapkan bakal menerima pengiktirafan berkenaan. Proses pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi dilakukan dengan teliti supaya benar-benar bermakna dan berprestaj. Bukan sahaja kecemerlangan akademik semata-mata diambilkira tetapi keseluruhan aspek persekolahan melalui pengukuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dinilai,diverifikasi dan diakusahkan oleh panel penilai yang dilantik. Selain dari itu sesuai dengan jenamanya sebagai  Sekolah Berprestasi Tinggi maka tarafnya mestilah berada pada peringkat antarabangsa. Justru melalui penilaian Annex setiap sekolah terpilih akan dinilai aspek personaliti unggul, jalinan , jaringan, anugerah dimenangi peringkat kebangsaan dan antara bangsa serta penandaarasan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Terengganu pada kali ini sangat bertuah kerana dua buah sekolah lagi diktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi selepas Imtiaz, Besut, SMK Lembah Bidong dan SK Sultan Ismail, Kemaman. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 pula dimenangi oleh SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan SK Tengku Mahmud Besut, Terengganu. Kedua-dua sekolah ini adalah dari Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 dan 4.


SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu di bawah pimpinan Tuan Haji Yusof bin Karim, mantan Pengerusi MGB Terengganu dan juga Bendahari GMGBM Malaysia sangat menyerlah dalam penganjuran acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa khususnya dalam Pertandingan Teakwando. Sekolah ini juga menjadi rebutan utama para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka dan antara satu-satunya sekolah yang mana muridnya adalah berbilang bangsa. Sekolah ini tidak menggunakan sebarang loceng untuk peralihan waktu. Menjadi pilihan utama destinasi lawatan penandaarasan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Terkenal dengan Galeri Sulaiman.


Sementara SK Tengku Mahmud, Besut di bawah pimpinan Tuan Haji Abdul Rahman bin Sardar, Pengerusi MGB Daerah Besut. Sekolah ini antara sekolah tersohor pencapaian terbaik dan teramai UPSR diperingkat negeri dan kebangsaan. Sekolah itu menjadi tumpuan utama masyarakat daerah Besut dan sering menjadi destinasi lawatan penandaarasan sekolah dalam dan luar negara. SK Tengku Mahmud baru sahaja menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada awal tahun lepas dengan meraih RM250,000 untuk pelbagai aktiviti dan program kebitaraan. Kali ini mereka menang lagi...

Pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi akan diiringi dengan hadiah kemenangan berupa peruntukan bernilai RM700.000.00 untuk pelbagai program . Di samping itu pemenang Sekolah Berprestasi Tinggi setiap warganya akan menerima RM700.00 seorang. Insyaalah jika kedua-dua sekolah ini memenangi pula Anugerah Tawaran Baru Guru Besar maka sekurang-kurangnya setiap guru akan menerima wang tunai RM1,600.00 seorang (SBT-RM700.00 dan New Deal-RM900.00). Namun kami yakin bukan itu yang warga kedua sekolah ini buru. Mereka pada hemat kami "memburu" keterbilangan untuk menjadi yang terbaik. Memburu jenama yang berprestaj. Memburu agar nama sekolah terjulang penuh maruah di persada dunia. Tahniah!

Marilah kita raikan pengiktirafan ini dengan penuh syukur dan keiltizaman untuk terus menjadi yang terbaik. Tahun ini kita ada 28 buah sekolah berada di Band 1. Tolak tiga Sekolah Berprestasi Tinggi kita ada 25 buah sekolah Band 1 yang bakal dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Kita berharap aura dari pengiktirafan SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Tengku Mahmud Besut  dapat menyentuh jiwa dan keinginan 25 buah sekolah ini untuk berazam dan berusaha ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi mulai sekarang.

Petua besar untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ialah "membunuh segala mitos dan membebaskan pemikiran serta jiwa terikat dalam penjara pesimis kepada kemerdekaan , keyakinan dan kesediaan menyahut cabaran".

Feb 2, 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI

   


KHAMIS, 2 Februari - Kemeriahan, kesedihan seiring dalam majlis sempena meraikan Majlis Sekalung Budi buat Encik Azman bin Othman, Puan Nik Rosniza Nik Mustapha, Encik Amiruddin Mohamad, Encik Muhammad Sukri, Puan Hasnida dan Encik Zaki Abidin yang akan bertugas di tempat yang baru.  Majlis ini dikendalikan oleh BAKEP BTPN & PKG Terengganu. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Harapan kami, Warga BTPN & PKG semoga semuanya bergembira dengan suasana dan variasi kerja yang baru. Encik Azman Othman telah bertukar ke JPNT, Puan Nik Rosniza dan Encik Amiruddin ke BTP, Bukit Kiara, Encik Muhammad Sukri sebagai GPK di SK Pulau Perhentian, Puan Hasnida bertukar ke sekolah manakala Encik Zaki bersara wajib.

MESYUARAT BAKEP



KHAMIS, 2 Februari - Badan Kebajikan Pegawai dan Kakitangan BTPN Terengganu (BAKEP) telah mengadakan Mesyuarat Agung pada hari ini. Mesyuarat ini merupakan satu agenda utama yang diperuntukkan dalam perlembagaan kecil BAKEP untuk menentukan pimpinan baru setiap 2 tahun.  Bagi sesi 2012/2013 ini, pimpinan baru telah dimuktamadkan dalam pemilihan Jawatankuasa tertinggi BAKEP. Pengerusi BAKEP yang baru dilantik adalah Encik Ahmad Jadid bin Jusoh. Terima kasih kepada pimpinan BAKEP terdahulu yang diketuai oleh Encik Nize bin Muhammad yang begitu komited dengan tugas yang telah diamanahkan disamping perancangan aktiviti yang dibuat dapat dilaksanakan demi kebajikan seluruh warga BTPN & PKG Terengganu.