PENCARIAN

Jan 2, 2012

PROGRAM NILAM



” TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI “
NILAM (Nadi ILmu Amalan Membaca)
nilam1 : nilam2 : konsep nilam : nilam polis

GARIS PANDUAN PROGRAM NILAM
Carta Organisasi  |  Peranan J/Kuasa   |  Merekod  |  Pengiktirafan   |
Pelbagai program dan aktiviti menbaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan saru program yang menggabungkan kesemua aktiviti menbaca tersebut. Program ini dinamai NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan utnuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

MATLAMAT :
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membacadi kalangan murid-murid.

OBJEKTIF :
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk :
   a. Menjadikan murid banyak membaca.     b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebgai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN MEMBACA (RP).

TAHAP PERTAMA (JAUHARI).
Tahap ini dinamakan JAUHARI. Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.

   1. Muird mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca ( Pertengahan Tahun 1 ).

   2. Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Pada
       kebiasaannya murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu. Dengan pengiraan tersebut kemampuan
       murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti berikut :

SEKOLAH RENDAH.
SEKOLAH MENENGAH.
Tahun
Asas
Sederhana
Tinggi
Tertinggi
Tahun
Asas
Sederhana
Tinggi
Tertinggi
1
9 X 1=9
9X2=18
9 X 3=27
9X4=36
1
18X 1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
2
18X1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
2
18X 1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
3
18 1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
3
18X ½=9
18X1=18
18X1½=27
18X2=36
4
18X1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
4
18X1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
5
18X1=18
18X2=36
18X3=54
18X4=72
5
18X½=9
18X1=18
18X1½=27
18X2=36
6
18X�=9
18X1=18
18X1½=27
18X2=36
JUMLAH
72
144
216
288
JUMLAH
90
180
270
360
  
18 = Pinjaman buku 2 minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun. Jumlah 36 minggu sathun ialah minggu persekolahan, tidak mengambil kira minggu aktiviti sukan dan peperiksaan.  

Nota : Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan kepada 6 bulan kedua.




TAHAP KEDUA (RP).
Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain membaca supaya suka membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku, murid ini layak memasuki Tahap RP. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.

   1.  Proses di Tahap RP ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka.
        Dicadangkan 10 pelajar yang berkebolehan mengambil peluang untuk turut bersama berada di tempat aktiviti, atau pun
        melawat ke rumah – rumah dan membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara
        tidak formal.  

   2.  Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan
        meminjam buku dari PSS untuk dibawa pulang. buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.

   3.  Pengiraan markah bagi aktiviti ini agak rumit kerana ia melibatkan berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan, antaranya :                            – bercerita,membaca bersama, bicara buku, meminjam buku dan seumpamanya.
  
CARTA ORGANISASI.





SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH










PERANAN JAWATANKUASA.
PENGERUSI – Pengetua/Guru Besar
GPK 1
1.  Mempengerusikan mesyuarat.
1.  Menjalankan tugas pengerusi semasa
     ketiadaannya.
2.  Memahami dasar dan matlamat program.
2.  Membantu pengerusi menyelaras dan menilai
     program.
3.  Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
3.  Membantu pengerusi menjayakan program.
4.  Memastikan pelaksanaannya berjalan lancar melalui
     penyeliaan, perjumpaan dengan guru, temubual murid / ibu
     bapa secara tidak formal dan laporan pelaksanaan.
4.  Mengenalpasti masalah,kekuatan program NILAM
     dan mengambil tindakan susulan.
GPK HEM/KO-KU/PENYELIA PETANG.
GURU PERPUSTAKAAN.
1.  Menjalankan tugas Pengerusi dan Naib pengerusi 1 semasa
     ketidaan mereka.
1.  Membantu pihak sekolah membuat penggredan
     buku.  
2.  Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok
     (untuk sek. ren. tahap 1). 
 3.  Mengedar Buku Rekod membaca (BRM) yang
     disediakan oleh Persatuan Pusat Sumber Skeolah
     Negeri Sembilan. 
 4.  Membantu setiausaha menganjurkan sebarang
     aktiviti untuk menyokong porgram NILAM.
WAKIL PIBG/BEKAS PELAJAR.
SETIAUSAHA (Guru PSS).
1.  Menghadiri setiap mesyuarat J/Kuasa NILAM.  
2.  Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui
     aktiviti – aktiviti seperti :         
 a. Ibu bapa membimbing dan menggalak anak-anak membaca.          
 b. Menyediakan bahan bacaan berssesuaian di rumah.          
 c. Mengalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari 
    sumber lain seperti Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, 
    Perpustakaan Bergerak dan seumpamanya.          
 d. Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan
  merekodkan bacaan.  


3.  Berusaha membantu pihak sekolah menjayakan Program ini melalui   
     sumbangan kewangan.  
4.  PIBG berkhidmat sebagai agen kepada penglibatan institusi -
     institusi lain dalam menjayakan Program ini dari segi khidmat
     nasihat buku dan kewangan.
1.  Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat -
     menyurat.  
2.  Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal – hal
     yang berkaitan.
3.  Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan
     bertulis untuk dikemukan kepada Urusetia Negeri
     dan salinan kepada Pengerusi.  
4.  Menyediakan Pangkalan Data dan maklumat -
     maklumat yang berkaitan dengan Program.
5.  Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data
     terkumpul.  
6.  Memasukkan dan mengemaskini data dari masa ke
     semasa.  
7.  Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah NILAM
     peringkat sekolah.  
8.  Menganjurkan aktiviti Porgram NILAM peringkat
     sekolah.
KETUA BIDANG/KETUA PANITIA BAHASA.
GURU KELAS/GURU TINGKATAN.
1.  Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan
     untuk pelajar.  
2.  Merancang dan menyelaras aktiviti P&P yang boleh menjurus
     ke arah pembacaan berkualiti.  
3.  Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program
     NILAM. 
 4.  Menyelia pelaksanaan Program NILAM.
1.  Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.  
2.  Mendapatkan Buku Rekod Bacaan (BRM) NILAM
     daripada PSS dan mengedarkan kepada pelajar –
     pelajar.  
3.  Membuat pinjaman buku dari PSS dan
     mengedarkan.  
4.  Menyemak dan merekod data bacaan pelajar.  
5.  Menyimpan dan mengemaskini BRM NILAM pelajar.  
6.  Mengesah dan menandatangani BRM NILAM
     pelajar.  
7.  Memastikan Porgram NILAM berjalan mengikut
     perancangan.
MEREKOD.
Aktiviti merekod setelah membaca hendaklah dilakukan dengan mengisi ruang-ruang dalam Buku Rekod Membaca NILAM (Warna merah jambu untuk SR dan Biru untuk SM). Guru perlu memberi bimbingan kepada murid (tahap1)untuk mengisi buku tersebut. Dari masa ke semasa Guru dikehendaki mengesahkan aktiviti bacaan yang telah dijalankan.
PENGIKTIRAFAN.

Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan ke sekolah kawalan, sekolah berasrama penuh, kelas ekspress atau temuduga untuk pekerjaan.
Pengiktirafan Program NILAM :
1.  Pencapaian Tahunan – dicatat dalam :       

     Buku Rekod Kemajuan 
     Kad Kumulatif  

2.  Pencapaian Keseluruhan :       
     Sijil Berhenti Sekolah       
     Surat Akuan Sekolah

TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH :
TAHAP RAKAN PEMBACA
TAHUN
ASAS
SEDERHANA
TINGGI
TERTINGGI
Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam buku khas/kad, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang telah ditentukan.

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca sepanjang hayat.
1
9
18
27
36
2
18
36
54
72
3
18
36
54
72
4
18
36
54
72
5
18
36
54
72
6
9
18
27
36
JUMLAH
90
180
270
360
JUMLAH BACAAN
GANJARAN
90 – 179
GANGSA
MARKAH
PEMGIKTIRAFAN
180 – 269
PERAK
100 – 199
GANGSA
270 – 359
EMAS
200 – 299
PERAK
360 KE ATAS
NILAM
300 – 399
EMAS
SEKOLAH MENENGAH
400 KE ATAS
NILAM
TING.
ASAS
SEDERHANA
TINGGI
TERTINGGI

1
18
36
54
72

2
18
36
54
72

3
9
18
27
36

4
18
36
54
72

5
9
18
27
36

JUMLAH
72
144
216
288

JUMLAH BACAAN
GANJARAN

72 -143
GANGSA

144 – 215
PERAK

216 – 287
EMAS

288 KE ATAS
NILAM



Sumber dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

No comments:

Post a Comment