Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT Bil.1/2015 Sekolah Ahli PKG Jerteh telah dapat dilaksanakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Jerteh yang diadakan pada pukul 2.30 petang. Puan Dzarifah binti Daud selaku Pegawai Teknologi Pendidikan I telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Info-info terkini berkenaan pengurusan ICT di sekolah juga telah diberi pendedahan dalam mesyuarat tersebut.
PENCARIAN
Jan 29, 2015
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU PENYELARAS ICT BIL.1/2015
Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT Bil.1/2015 Sekolah Ahli PKG Jerteh telah dapat dilaksanakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Jerteh yang diadakan pada pukul 2.30 petang. Puan Dzarifah binti Daud selaku Pegawai Teknologi Pendidikan I telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Info-info terkini berkenaan pengurusan ICT di sekolah juga telah diberi pendedahan dalam mesyuarat tersebut.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA BIL.1/2015
Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media Bil.1/2015 bagi sekolah ahli PKG Jerteh telah diadakan pada 28 Januari 2015, tepat jam 2.30 petang di Bilik Seminar II. Mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh Puan Siti Salha binti Mustafa, Pegawai Teknologi Pendidikan II. Ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan berkenaan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh GPM serta perancangan aktiviti yang perlu dirancang sepanjang tahun 2015. Input-input baru berkenaan pengemaskinian data murid, pemilihan calon NILAM bagi mewakili sekolah dan pemantauan PKG ke sekolah juga telah disampaikan.
Jan 28, 2015
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Warga PKG Daerah Besut
Warga PKG Daerah Besut telah sepakat untuk mengadakan Majlis Kesyukuran bagi Pegawai dan Staf yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari iaitu YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pn. Dzarifah binti Daud, Pn. Nora binti Ibrahim dan En. Che Lah bin Hamat. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Makan Pusat Kegiatan Guru Raja,
Jan 14, 2015
PENGEDARAN & TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2015
Pengedaran dan Taklimat Bahan Digital MBMMBI Sesi Persekolahan 2015 telah diadakan pada 13 Januari 2015 bertempat di Dewan Alamanda PKG Jerteh tepat jam 2.00 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Jerteh. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Zuhaidi bin Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu serta Encik Mahusin bin Haji Mamat, Pegawai Pengurusan Kurikulum, Teknik dan Vokasional PPD Besut. Taklimat Pengurusan Bahan Digital MBMMBI dan pengesahan penerimaan bahan antara agenda utama pada hari berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



