PENCARIAN

Showing posts with label laman utama. Show all posts
Showing posts with label laman utama. Show all posts

Jan 23, 2020

MAJLIS PENYERAHAN FUNGSI SECARA TEKNIKAL PKG NEGERI TERENGGANU KEPADA PPD NEGERI TERENGGANU


Pelaksanaan struktur baharu organisasi sektor pendidikan secara berperingkat telah berkuat kuasa 1 Jun 2019. Ini adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sehubungan itu, majlis melibatkan 22 buah PKG Negeri Terengganu telah diadakan pada 22 Januari 2020 bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Secara rasminya, pengurusan PKG Negeri Terengganu adalah di bawah pentadbiran PPD Negeri Terengganu yang akan diterajui oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan.

MAJLIS PENERIMAAN ARAHAN PENEMPATAN PEMBANTU TADBIR PKG DAERAH BESUT


Berikutan penstrukturan semula, pembantu tadbir telah menerima arahan penempatan baru. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah Zawawi bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut pada 20 Januari 2020. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga atas jasa dan sumbangan yang telah diberi sepanjang berkhidmat di PKG. Semoga terus berjaya dan cemerlang di tempat baru. 

Pn. Suhaida binti Mat Dang (PT PKG Jerteh)          - SK Bukit Kenak
Pn. Nora binti Ibrahim (PT PKG Raja)                    - SMK Tengku Mahmud
Pn. Suharni binti Mat Hussin (PT PKG Seri Payong) - SMK Jabi

Aug 26, 2019

KEJAYAAN SEKOLAH AHLI PKG JERTEH PADA MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (APS)


KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI

TAHNIAH!!!

PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER TERBAIK SEKOLAH RENDAH - SK PUSAT JERTEH

PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TERBAIK - SK NYIUR TUJUH

Jun 30, 2016

SALAM AIDILFITRI 1437 HIJRAH/2016 MASIHI



Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, 
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Jun 29, 2016

ZIARAH BAKEB RAMADHAN TAHUN 2016



Alhamdulillah dapat menyempurnakan Program Ziarah BAKEB BTPN/PKG Terengganu Tahun 2016 ke rumah keluarga Allahyarham En. Mamat bin Kifli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Payong. Semoga tanda ingatan ikatan silaturrahim berkekalan sepanjang zaman.

Jan 28, 2015

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Warga PKG Daerah Besut



Warga PKG Daerah Besut telah sepakat untuk mengadakan Majlis Kesyukuran bagi Pegawai dan Staf yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari iaitu YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pn. Dzarifah binti Daud, Pn. Nora binti Ibrahim dan En. Che Lah bin Hamat. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Makan Pusat Kegiatan Guru Raja, 

Jan 14, 2015

PENGEDARAN & TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2015


Pengedaran dan Taklimat Bahan Digital MBMMBI Sesi Persekolahan 2015 telah diadakan pada 13 Januari 2015 bertempat di Dewan Alamanda PKG Jerteh tepat jam 2.00 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Jerteh. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Zuhaidi bin Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu serta Encik Mahusin bin Haji Mamat, Pegawai Pengurusan Kurikulum, Teknik dan Vokasional PPD Besut. Taklimat Pengurusan  Bahan Digital MBMMBI dan pengesahan penerimaan bahan antara agenda utama pada hari berkenaan.   

Jan 13, 2015

MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN SKT PKG DAERAH BESUT BIL.1/2015


Alhamdulillah, tanggal 12 Januari 2015 PKG Daerah Besut telah dapat mengadakan Mesyuarat Pengurusan dan Penyelarasan SKT PKG Daerah Besut Bil.1/2015. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail selaku Timbalan Pengerusi PKG Negeri Terengganu merangkap Ketua PKG Daerah Besut telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Majlis dimulai dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Agenda seterusnya adalah perbincangan berkenaan aktiviti yang akan diadakan sepanjang 2015 serta penyelarasan aktiviti yang akan dilaksanakan peringkat Daerah Besut. 

Jan 11, 2015

PEMANTAUAN OLEH UNIT PEMBANGUNAN BTP & BTPNT



Pada 7 Januari 2015, Seramai 9 orang wakil dari BTP dan BTPNT telah hadir ke PKG Jerteh untuk melihat kesan - kesan daripada banjir yang melanda pada 18 Disember 2014 lalu. Wakil dari BTP ialah Anathan A/L Darman, Muhammad Faidzol Bin Azree Talib, Khairul Bin Sharifuddin, Mohd Rais Bin Noryakin, Amir Bin Abu Bakar dan seorang Pemandu. Manakala wakil dari BTPNT diketua oleh KPP, Tn Hj Alias Bin Talib, Ruzlan Bin Abd Ghani, bersama seorang Pemandu. Kesan daripada banjir baru baru ini, kebanyakan perabot yang diperbuat daripada playwood rosak dan tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada kejadian tersebut, warga PKG Jerteh telah bergotong - royong untuk membersihkan lumpur-lumpur yang dibawa air banjir dengan bantuan ahli keluarga warga PKG Jerteh.


Oct 8, 2014

Ibadat Korban program BAKEB BTPN Terengganu 2014

  

Pada Hari Raya Aidiladha yang ke-3, BAKEB BTPN Terengganu telah berjaya menganjurkan satu program menyembelih lembu korban. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi merealisasikan program yang telah lama dirancang. Pengerusi BAKEB, Tn. Hj. Akram @ Amir bin Abdul Majid juga berhasrat untuk mengadakan program sebegini pada tahun-tahun akan datang kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan pengertian disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk kerjasama yang erat bagi menjayakan program berkenaan.