PENCARIAN

Jan 13, 2015

MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN SKT PKG DAERAH BESUT BIL.1/2015


Alhamdulillah, tanggal 12 Januari 2015 PKG Daerah Besut telah dapat mengadakan Mesyuarat Pengurusan dan Penyelarasan SKT PKG Daerah Besut Bil.1/2015. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail selaku Timbalan Pengerusi PKG Negeri Terengganu merangkap Ketua PKG Daerah Besut telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Majlis dimulai dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Agenda seterusnya adalah perbincangan berkenaan aktiviti yang akan diadakan sepanjang 2015 serta penyelarasan aktiviti yang akan dilaksanakan peringkat Daerah Besut. 

Jan 11, 2015

PEMANTAUAN OLEH UNIT PEMBANGUNAN BTP & BTPNT



Pada 7 Januari 2015, Seramai 9 orang wakil dari BTP dan BTPNT telah hadir ke PKG Jerteh untuk melihat kesan - kesan daripada banjir yang melanda pada 18 Disember 2014 lalu. Wakil dari BTP ialah Anathan A/L Darman, Muhammad Faidzol Bin Azree Talib, Khairul Bin Sharifuddin, Mohd Rais Bin Noryakin, Amir Bin Abu Bakar dan seorang Pemandu. Manakala wakil dari BTPNT diketua oleh KPP, Tn Hj Alias Bin Talib, Ruzlan Bin Abd Ghani, bersama seorang Pemandu. Kesan daripada banjir baru baru ini, kebanyakan perabot yang diperbuat daripada playwood rosak dan tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada kejadian tersebut, warga PKG Jerteh telah bergotong - royong untuk membersihkan lumpur-lumpur yang dibawa air banjir dengan bantuan ahli keluarga warga PKG Jerteh.