PENCARIAN

Jan 1, 2012

SSQS & SPPICTS

1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)
SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi  telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia. 
2. Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah. 

SEJARAH PKG

Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) berlaku secara beransur-ansur iaitu bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan (PST) pada tahun 1978 dan digantikan namanya kepada Pusat Media Daerah (PMD) pada tahun 1981. Selaras dengan konsep dan rasional penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) pada tahun 1981-1984 dan Pusat Sumber Sekolah di seluruh negara pada tahun 1983, Pusat Media Daerah telah ditukar namanya kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) pada tahun 1986.
Sebanyak 302 buah sekolah telah dipilih untuk menempatkan Pusat Media Daerah (PMD) yang kemudiannya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD akan memberi khidmat secara amnya kepada sejumlah 15 hingga 20 buah sekolah di dalam kawasannya.
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Khidmat asalnya pada waktu itu hanyalah untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran dengan kos rendah.
Melalui kegiatan-kegiatan PSPD, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat memperluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan untuk mempertingkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu PSPD dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan teknologi pendidikan.
Pada tahun-tahun seterusnya, adalah disedari bahawa istilah PSPD menimbulkan kekeliruan pada penggunaan perkataan ‘Daerah’ pada nama PSPD yang sebenarnya tidak menggambarkan satu daerah pentadbiran atau pengurusan kerana di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD.
Dalam pada itu telah berlaku beberapa perkembangan dalam bidang pendidikan hasil daripada meningkatnya keperluan profesionalisma guru-guru, PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) serta diberikan peranan yang lebih luas. Pertukaran nama ini adalah untuk memberi satu gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat ini.
Merujuk kepada surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bertarikh 14 Ogos 1990 yang ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri, PKG diberi peranan sebagai pusat logistik bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan di kalangan guru-guru setempat meliputi isu-isu dan masalah-masalah profesional dapat diadakan.

SELAMAT TAHUN BARU

Dec 30, 2011

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Berikut adalah Jadual Kalendar Persekolahan dan cuti sekolah pada tahun 2012. 


Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu








Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya









  RANCANGLAH CUTI ANDA DENGAN BIJAKSANA