PENCARIAN

Feb 18, 2015

TAKLIMAT & BENGKEL PEMURNIAN INSTRUMEN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH BESUT 2015



Taklimat dan Bengkel Pemurnian Instrumen Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Besut 2015 telah diadakan pada 17 Februari 2015 bertempat di Bilik Seminar I, Pusat Kegiatan Guru Jerteh tepat pukul 2.30 petang. Taklimat dan bengkel ini adalah melibatkan Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Besut dan hakim yang telah dilantik iaitu seramai 12 orang. Semenatara itu, Pegawai Perhubungan PPD-PKG iaitu Tuan Haji Mahusin bin Haji Mamat turut hadir bagi memberi amanat dan harapan beliau dalam memastikan Tokoh NILAM yang dinobat bagi mewakili Daerah Besut akan dapat menempa nama di peringkat yang terbaik untuk tahun 2015.

No comments:

Post a Comment