Al-Fatihah buat Encik Mamat bin Kifli, PTP 1 PKG Seri Payong yang menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober 2012 jam 12.00 tengah hari di Hospital Besut. Arwah merupakan pegawai yang lama berkecimpung dengan PKG. Warga BTPN dan PKG Terengganu telah menziarahi jenazah arwah di Kampung Alor Keladi, Besut. Turut sama adalah Tuan Haji Alias Talib, KPP BTPNT dan Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut, Timbalan Pengarah BTP. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...
PENCARIAN
Oct 28, 2012
Oct 26, 2012
Oct 24, 2012
Oct 10, 2012
Oct 1, 2012
Sep 27, 2012
PENGENALAN...
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- - Menjadikan murid banyak membaca.
- - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
TIGA ELEMEN NILAM
- 1. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
- 2. Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
- 3. Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Sep 19, 2012
Sep 16, 2012
Sep 15, 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.
Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.
Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.
Sep 13, 2012
Sep 12, 2012
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BTPN TERENGGANU
Bergambar bersama Tuan KPP...

Tarikh : 11 September 2012
Tempat : Dewan Besar BTPN Terengganu
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Sep 10, 2012
Sep 9, 2012
FESTIVAL FILEM DIGITAL NEGERI SABAH
SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festival ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI
Sep 6, 2012
Sep 5, 2012
KEM MEMBACA 1MALAYSIA & KEMPEN READ
Sepintas
Lalux : Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One
Nation Reading Together
Program Kem Membaca 1 Malaysia
(KM1M) dan Kempen READ: One Nation
Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia
yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian
pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.
Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca
dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program
ini ialah penerimaan Anugerah “The Most
Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam
entri Malaysian Book Of Record (MBOR)
2010.
Sep 2, 2012
Aug 31, 2012
Aug 30, 2012
Aug 29, 2012
Aug 14, 2012
Jul 19, 2012
Jun 26, 2012
Jun 20, 2012
Jun 19, 2012
Jun 10, 2012
May 27, 2012
May 15, 2012
May 14, 2012
LIRIK LAGU TEMA HARI GURU 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof
Apr 28, 2012
Apr 24, 2012
Apr 23, 2012
Apr 22, 2012
Apr 15, 2012
MENGENALI BAHAN BACAAN
ALMANAK
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.
Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.
ABSTRAK
Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
• Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
• Membuat nota dan catatan yang berkesan
• Tentang bahan semasa.
• Dalam penyampaian laporan.
• Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
INDEKS
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
• Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
• Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks
• Indeks di bahagian akhir buku.
• Indeks Jilid Khas.
Apr 4, 2012
Apr 1, 2012
PENGARAH PELAJARAN TERENGGANU
Nama : En Zakaria bin Hussin
Jawatan Sebelum Menjadi Pengarah : Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut
Tarikh Lapor Diri Sebagai Pengarah : 12 Mac 2012
Jawatan Sebelum Menjadi Pengarah : Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut
Tarikh Lapor Diri Sebagai Pengarah : 12 Mac 2012
Mar 30, 2012
Mar 23, 2012
KEM KEMBARA NILAM NEGERI TERENGGANU 2012
Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu telah selesai dijayakan pada 19-21 Mac 2012 yang melibatkan 25 orang peserta dari setiap daerah. Secara keseluruhan Kem ini telah menunjukkan peningkatan ketara bagi semua peserta di mana rumusan ketua hakim mendapati terdapat peserta berada pada tahap gemilang. Pada hari terakhir juga telah dinobatkan dua orang Tokoh NILAM Negeri Terengganu Kategori SM dan SR.
TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2012
KATEGORI | NAMA | SEKOLAH |
SR | NUR SYAZWINA BINTI MOHD SUKRI | SK TAPAH, HULU TERENGGANU |
SM | ANIS RAIHAN BINTI ASMADI | SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU |
Mar 15, 2012
Mar 1, 2012
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SERTA GURU PENYELARAS NILAM
Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras Nilam Bil.1/ 2012 bagi sekolah ahli PKG Jerteh telah diadakan pada 28 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Lavender dan Jasmine.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi memantapkan lagi pengurusan PKG dalam menyelaraskan tugas yang perlu dilaksanakan oleh GPM dan Penyelaras Nilam. Selain itu, mendapatkan persepakatan dalam memastikan peningkatan bintang bagi Pengisian iQ-PSS serta pengisian data NILAM.
Terima kasih di atas kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat buat kali pertama diadakan.
Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi memantapkan lagi pengurusan PKG dalam menyelaraskan tugas yang perlu dilaksanakan oleh GPM dan Penyelaras Nilam. Selain itu, mendapatkan persepakatan dalam memastikan peningkatan bintang bagi Pengisian iQ-PSS serta pengisian data NILAM.
Terima kasih di atas kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat buat kali pertama diadakan.
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI / GURU PENYELARAS ICT
Tarikh: 27 Februari 2012 (Isnin)
Masa :8.30 pagi
Masa :8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Lavender, PKG Jerteh, Besut, Terengganu
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan Laporan SSQS 2011
3. Pengisian STS
4. Perancangan Aktiviti PKG 2012
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
6. Hal-hal Lain
Feb 27, 2012
TINDAKAN SEGERA : Urusan Kenaikan Pangkat PPLD yang memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG1-1 (DG41)

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan yang boleh didownload di laman web http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2012/02/tindakan-segera-urusan-kenaikan-pangkat.html ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
- Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149
Feb 23, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)