PENCARIAN

Oct 15, 2014

PEMANTAUAN PRA AUDIT MBMMBI 2014 OLEH BTP



TARIKH : 15 OKTOBER 2014
TEMPAT : PUSAT KEGIATAN GURU JERTEH & SK PUSAT JERTEH
OLEH : EN. HELMI BIN HASHIM


Oct 8, 2014

Ibadat Korban program BAKEB BTPN Terengganu 2014

  

Pada Hari Raya Aidiladha yang ke-3, BAKEB BTPN Terengganu telah berjaya menganjurkan satu program menyembelih lembu korban. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi merealisasikan program yang telah lama dirancang. Pengerusi BAKEB, Tn. Hj. Akram @ Amir bin Abdul Majid juga berhasrat untuk mengadakan program sebegini pada tahun-tahun akan datang kerana ianya mempunyai banyak kebaikan dan pengertian disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk kerjasama yang erat bagi menjayakan program berkenaan.


Aug 11, 2014

Jun 11, 2014

PEMANTAUAN BTPN TERENGGANU (UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL PKG) 2014

Pemantauan ISO oleh YM Tengku Abdussalam bin Tengku Awang dan En. Ruzlan bin Abd Ghani telah diadakan pada 11 Jun 2014. Pemantauan ini adalah merangkumi bidang Pengurusan Pejabat dan Pemantauan PKG ke Sekolah yang melibatkan Pengurusan ICT, PSS dan NILAM  serta Teknologi Pendidikan.

May 13, 2014

PENGOPERASIAN OPS REDAH 2014 - PEMANTAUAN ASET ALIH PKG JERTEH 2014


HARI : ISNIN
TARIKH; 12 MEI 2014

Oleh: En. Ahmad Syiham Bahiri bin Seman
          En. Mohd Azman bin Abudin

Mar 3, 2014

Mesyuarat JKPA Daerah Besut


Mesyuarat JKPA Daerah Besut telah diadakan di Dewan Besar SMKA Wataniah. Seramai 74 Orang Pengetua dan Guru Besar dari sekolah - sekolah daerah besut terlibat dalam Mesyuarat JKPA tersebut. Wakil dari PPD Besut ialah Tn Haji Mahusin turut hadir manakala YM Tg Muhammad Abdussalam mewakili BTPN Terengganu bagi pihak Tn Haji Alias Bin Talib, KPP BTPNT.

Feb 27, 2014

MESYUARAT JKPA PKG BIL.1/2014 DAERAH BESUT



Mesyuarat JKPA Daerah Besut telah diadakan pada 27 Februari 2014 di Dewan Haji Abdul Latiff SMKA Wataniah. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Tengku Abdussalam Bin Tengku Awang sebagai wakil Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Turut dihadiri oleh Tuan Haji Mahusin Bin Mamat, Pegawai Votek PPD Daerah Besut dan Pegawai Perhubungan setiap PKG iatu PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Seri Payong.

Feb 12, 2014

Feb 6, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH BESUT 2014


Tarikh    : Khamis (6 Februari 2014)

Tempat  : Bilik Mesyuarat PKG Raja
    Masa      : 9.00 Pagi hingga 2.00 Petang


Feb 5, 2014

Status Semasa Makmal Komputer Sekolah Negeri Terengganu 2014

Merujuk kepada Perkara di atas.

Pihak BTP memerlukan data berkaitan dengan Makmal Komputer sekolah. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik phak sekolah untuk update maklumat berkenaan dengan makmal komputer sekolah.  Sila klik link DISINI untuk pengisian maklumat.
              
* Sedikit panduan ;

                Makmal Komputer - Hanya yang digazetkan sebagai ‘Makmal Komputer’ tidak termasuk Makmal  ICT  yg lain seperti Makmal Multimedia, Makmal Alat Pandang Dengar dan sebagainya.

                Bilik Komputer         - Menjadikan kelas sebagai Bilik Komputer

                Pusat Akses              - Bukannya Bilik Akses

  Sekiranya ada kekeliruan, sila hubungi pihak pkg jerteh untuk keterangan lanjut ditalian 09-6902044.

 

Sekian, terima kasih.


Jan 7, 2014

DATA SEKOLAH AHLI PKG JERTEH 2014



 PKG Jerteh sedang melaksanakan kutipan data maklumat sekolah ahli bagi tahun 2014. Sehubungan itu diharapkan kepada semua sekolah ahli dapat melengkapkan pengisian maklumat sebelum
  13 Januari 2014


Harap maklum