PENCARIAN

Mar 2, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI/GURU PENYELARAS ICT BIL.1/2016



Pusat Kegiatan Guru Jerteh telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPB/GPICT Bil.1/2016 bagi sekolah ahli PKG Jerteh pada 1 Mac 2016 (Selasa) tepat jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Jerteh. Mesyuarat tersebut dikendalikan oleh Pn. Dzarifah binti Daud. Perkongsian berkenaan input-input terkini juga disampaikan bagi memastikan perancangan kerja pada tahun 2016 dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Feb 21, 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH BESUT TAHUN 2016



                  TARIKH  :  17-18 FEBRUARI 2016
                TEMPAT :  PUSAT KEGIATAN GURU RAJA

Feb 5, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG JERTEH BIL.1/2016



Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jerteh Bil.1/2016 telah dilaksanakan pada 3 Februari 2016 yang diadakan peringkat daerah Besut bertempat di Pusat Kegiatan Guru Raja. Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tuan Haji Alias Bin Talib telah merasmikan mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin Bin Yusof, Ketua Unit Pengurusan Strategik, En Nize Bin Muhammad, Ketua Unit Keawangan Dan Perolehan, Pn. Roshaliza Binti Abdul Wahab. Serta pegawai perhubungan PKG Raja, En. Sabri Bin Ismail, pegawai perhubungan PKG Jerteh Tuan Haji Mat Nawi Bin Omar dan pegawai perhubungan PKG Sri Payong, En. Ruzlan Bin Ghani. 



Jan 7, 2016

TAKLIMAT DAN PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2016


Taklimat berkenaan pengedaran bahan digital MBMMBI bagi sesi persekolahan tahun 2016 telah disampaikan oleh Pn Dzarifah binti Daud, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jerteh yang diadakan di Bilik Seminar 2 pada 6 Januari 2016 tepat jam 2.00 petang. Guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli PKG Jerteh juga telah diberi taklimat berkenaan proses teknik bahan tersebut serta diingatkan agar menitikberatkan rekod penggunaan sebagai bukti menggunakan bahan tersebut dalam proses PdP.