PENCARIAN

Feb 5, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG JERTEH BIL.1/2016



Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jerteh Bil.1/2016 telah dilaksanakan pada 3 Februari 2016 yang diadakan peringkat daerah Besut bertempat di Pusat Kegiatan Guru Raja. Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tuan Haji Alias Bin Talib telah merasmikan mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin Bin Yusof, Ketua Unit Pengurusan Strategik, En Nize Bin Muhammad, Ketua Unit Keawangan Dan Perolehan, Pn. Roshaliza Binti Abdul Wahab. Serta pegawai perhubungan PKG Raja, En. Sabri Bin Ismail, pegawai perhubungan PKG Jerteh Tuan Haji Mat Nawi Bin Omar dan pegawai perhubungan PKG Sri Payong, En. Ruzlan Bin Ghani. 



Jan 7, 2016

TAKLIMAT DAN PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2016


Taklimat berkenaan pengedaran bahan digital MBMMBI bagi sesi persekolahan tahun 2016 telah disampaikan oleh Pn Dzarifah binti Daud, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jerteh yang diadakan di Bilik Seminar 2 pada 6 Januari 2016 tepat jam 2.00 petang. Guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli PKG Jerteh juga telah diberi taklimat berkenaan proses teknik bahan tersebut serta diingatkan agar menitikberatkan rekod penggunaan sebagai bukti menggunakan bahan tersebut dalam proses PdP.  


Mar 16, 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM PKG DAERAH BESUT TAHUN 2015


PKG Daerah Besut telah mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Daerah Besut pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Jerteh. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti Program NILAM peringkat PKG serta sebagai medan Pemilihan Calon Tokoh NILAM bagi mewakili Daerah Besut ke Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Terengganu yang akan diadakan pada bulan Mac bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Manakala Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah diadakan di Dewan Jubli Intan SK Pusat Jerteh yang dirasmi oleh Tuan Haji Mahusin bin Haji Mamat, Pegawai Pengurusan Kurikulum Teknik dan Vokasional PPD Besut.



Mar 5, 2015

PELANTIKAN BARU PENGARAH BTP, KPM

                                       

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs Encik Zaidi bin Yazid telah dilantik sebagai PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KPM berkuat kuasa pada 16 Februari 2015. Beliau merupakan mantan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor.