PENCARIAN

Dec 29, 2016

PENARAFAN PKG NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016

Penarafan Pusat Kegiatan Guru Tahun 2016 bagi PKG Jerteh telah selesai dengan jayanya pada 28 Disember 2016.  Penarafan ini dijalankan oleh Pegawai BTPN Terengganu, Unit Pengurusan Strategik yang diketuai En. Nize bin Muhammad. Turut bersama ialah En. Al Hadi bin Yaali serta En. Ahmad Rafhan bin Zaid @ Mansor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Perkongsian input dalam memantapkan lagi pengurusan PKG akan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.     

Sep 22, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN GPM PKG JERTEH BIL.2/2016


Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan jayanya sepertimana yang dirancang. Pertama kalinya mesyuarat dapat diadakan secara kolaboratif dengan SK Kompleks Gong Badak. Seterusnya, Bengkel Perkongsian Pengurusan PSS Abad Ke-21 bersama GPM Khatijah binti Mohamad dapat diadakan bagi berkongsi idea dalam memberi pendedahan kepada GPM Sekolah Ahli PKG Jerteh mewujudkan PSS Abad Ke21.

Jun 30, 2016

SALAM AIDILFITRI 1437 HIJRAH/2016 MASIHI



Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, 
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Jun 29, 2016

PROGRAM #MALAYSIANGAJI 2016 PKG JERTEH



Alhamdulillah dapat menjayakan juga Program Satu Jam Bersama Al-Quran bermula jam 12.00 Tengah hari hingga 1.00 Petang. 

"Satu jam, satu juta orang baca al-Quran serentak. Membentuk gemolbang; Nikmatnya Ngaji dan Tadabur al-Quran"

ZIARAH BAKEB RAMADHAN TAHUN 2016



Alhamdulillah dapat menyempurnakan Program Ziarah BAKEB BTPN/PKG Terengganu Tahun 2016 ke rumah keluarga Allahyarham En. Mamat bin Kifli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Payong. Semoga tanda ingatan ikatan silaturrahim berkekalan sepanjang zaman.

Jun 19, 2016

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2016


Tn, Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan bersama En. Ahmad Rafhan bin Zaid @ Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pembangunan Kapasiti Profesional telah menjalankan Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2016 bagi SK Tanah Merah pada 16 Jun 2016. Penilaian dapat dilaksanakan dengan jayanya dan khidmat nasihat serta bimbingan juga diberi bagi memantapkan lagi pengurusan sekolah. 

May 31, 2016

Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan "OPS Redah 16" BTPN Terengganu


Pegawai Pemeriksa Aset yang telah dilantik iaitu Tn. Hj. Mohd Tarmizi bin Che Min bersama Puan Rabeah binti Yatim telah hadir ke PKG Jerteh pada 29 Mei 2016. Pemeriksaan ini adalah bagi menjalankan pemeriksaan Aset Alih Kerajaan dan pemantauan berkaitan pengurusan aset di PKG. Alhamdulillah, pemantauan dapat berjalan lancar dan segala pandangan dan teguran akan dibuat penambahbaikan.

SAMBUTAN HARI GURU DAERAH BESUT TAHUN 2016


TARIKH : 26 MEI 2016 (KHAMIS) 
TEMPAT : DEWAN SM IMTIAZ BESUT

Apr 4, 2016

PERMATA NILAM NEGERI TERENGGANU... DOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA

ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2016



PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016



Permata NILAM Negeri Terengganu telah dapat dinobatkan pada 31 Mac 2016. Seramai 32 orang Calon Tokoh NILAM daripada setiap daerah telah berkampung selama 3 hari bermula pada 28 Mac 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu selaku urus setia Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016. 


KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016


Kategori  Sekolah Rendah Bahasa Malaysia

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Khalida Irdina Batrisya binti Harun
SK Pulau Serai
Naib Johan
Muhammad Alif Fahmi bin Othman
SK Seri Kemaman
Ketiga
Nurhusnina Izzati binti Ismail
SK Pusat Jerteh


Kategori  Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Muhammad Akmal Hadi bin Md Shukri
SK Pusat Cabang 3
Naib Johan
Muhammad Amir Rafiq
SJKC Chukai
Ketiga
Anis Nafesa binti Alias
SK Balai Besar

Kategori  Sekolah Menengah Bahasa Malaysia

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Aina Nadhirah binti Rusdi
SM Sains Setiu
Naib Johan
Nur Aida Sabriena binti Ramli
SM Sains Dungun
Ketiga
Siti Nur Wajihah binti Abdullah
SMK Mak Lagam


Kategori  Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Amirah Hanan binti Lutfi Amir
SMKA Sheikh Abdul Malek
Naib Johan
Nurul Izzah binti Nordeen 
SM Sains Sultan Mahmud
                  Ketiga          
Hannah Madihah binti Zulkifli
SMK Chukai

 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...








Mar 22, 2016

Mar 3, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA BIL.1/2016


TARIKH
1 MAC 2016 (SELASA)

TEMPAT
BILIK SEMINAR II PKG JERTEH

MASA
2.30 PETANG

PERASMI

EN. BADRU HISHAN BIN MOHD ZIN
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
UNIT PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN
BTPN TERENGGANU
            

Mar 2, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA GURU PENYELARAS BESTARI/GURU PENYELARAS ICT BIL.1/2016



Pusat Kegiatan Guru Jerteh telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa GPB/GPICT Bil.1/2016 bagi sekolah ahli PKG Jerteh pada 1 Mac 2016 (Selasa) tepat jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Jerteh. Mesyuarat tersebut dikendalikan oleh Pn. Dzarifah binti Daud. Perkongsian berkenaan input-input terkini juga disampaikan bagi memastikan perancangan kerja pada tahun 2016 dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Feb 21, 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH BESUT TAHUN 2016



                  TARIKH  :  17-18 FEBRUARI 2016
                TEMPAT :  PUSAT KEGIATAN GURU RAJA

Feb 5, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG JERTEH BIL.1/2016



Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jerteh Bil.1/2016 telah dilaksanakan pada 3 Februari 2016 yang diadakan peringkat daerah Besut bertempat di Pusat Kegiatan Guru Raja. Ketua Penolong Pengarah BTPN Terengganu, Tuan Haji Alias Bin Talib telah merasmikan mesyuarat tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin Bin Yusof, Ketua Unit Pengurusan Strategik, En Nize Bin Muhammad, Ketua Unit Keawangan Dan Perolehan, Pn. Roshaliza Binti Abdul Wahab. Serta pegawai perhubungan PKG Raja, En. Sabri Bin Ismail, pegawai perhubungan PKG Jerteh Tuan Haji Mat Nawi Bin Omar dan pegawai perhubungan PKG Sri Payong, En. Ruzlan Bin Ghani. 



Jan 7, 2016

TAKLIMAT DAN PENGEDARAN BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2016


Taklimat berkenaan pengedaran bahan digital MBMMBI bagi sesi persekolahan tahun 2016 telah disampaikan oleh Pn Dzarifah binti Daud, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jerteh yang diadakan di Bilik Seminar 2 pada 6 Januari 2016 tepat jam 2.00 petang. Guru Perpustakaan dan Media sekolah ahli PKG Jerteh juga telah diberi taklimat berkenaan proses teknik bahan tersebut serta diingatkan agar menitikberatkan rekod penggunaan sebagai bukti menggunakan bahan tersebut dalam proses PdP.