PENCARIAN

Jan 29, 2015

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI/GURU PENYELARAS ICT BIL.1/2015











Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari/Guru Penyelaras ICT Bil.1/2015 Sekolah Ahli PKG Jerteh telah dapat dilaksanakan pada 28 Januari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Jerteh yang diadakan pada pukul 2.30 petang. Puan Dzarifah binti Daud selaku Pegawai Teknologi Pendidikan I telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Info-info terkini berkenaan pengurusan ICT di sekolah juga telah diberi pendedahan dalam mesyuarat tersebut.

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA BIL.1/2015










Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media  Bil.1/2015 bagi sekolah ahli PKG Jerteh telah diadakan pada 28 Januari 2015, tepat jam 2.30 petang di Bilik Seminar II. Mesyuarat tersebut telah dikendalikan oleh Puan Siti Salha binti Mustafa, Pegawai Teknologi Pendidikan II. Ini adalah bertujuan untuk membuat penyelarasan berkenaan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh GPM serta perancangan aktiviti yang perlu dirancang sepanjang tahun 2015. Input-input baru berkenaan pengemaskinian data murid, pemilihan calon NILAM bagi mewakili sekolah dan pemantauan PKG ke sekolah juga telah disampaikan. 

Jan 28, 2015

Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Warga PKG Daerah Besut



Warga PKG Daerah Besut telah sepakat untuk mengadakan Majlis Kesyukuran bagi Pegawai dan Staf yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari iaitu YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail, Pn. Dzarifah binti Daud, Pn. Nora binti Ibrahim dan En. Che Lah bin Hamat. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Makan Pusat Kegiatan Guru Raja, 

Jan 14, 2015

PENGEDARAN & TAKLIMAT BAHAN DIGITAL MBMMBI SESI PERSEKOLAHAN 2015


Pengedaran dan Taklimat Bahan Digital MBMMBI Sesi Persekolahan 2015 telah diadakan pada 13 Januari 2015 bertempat di Dewan Alamanda PKG Jerteh tepat jam 2.00 petang. Taklimat ini telah dihadiri oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Jerteh. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Wan Zuhaidi bin Wan Hassan, Ketua Unit Promosi, Inovasi dan Media Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu serta Encik Mahusin bin Haji Mamat, Pegawai Pengurusan Kurikulum, Teknik dan Vokasional PPD Besut. Taklimat Pengurusan  Bahan Digital MBMMBI dan pengesahan penerimaan bahan antara agenda utama pada hari berkenaan.   

Jan 13, 2015

MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN SKT PKG DAERAH BESUT BIL.1/2015


Alhamdulillah, tanggal 12 Januari 2015 PKG Daerah Besut telah dapat mengadakan Mesyuarat Pengurusan dan Penyelarasan SKT PKG Daerah Besut Bil.1/2015. YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Ismail selaku Timbalan Pengerusi PKG Negeri Terengganu merangkap Ketua PKG Daerah Besut telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Majlis dimulai dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Agenda seterusnya adalah perbincangan berkenaan aktiviti yang akan diadakan sepanjang 2015 serta penyelarasan aktiviti yang akan dilaksanakan peringkat Daerah Besut. 

Jan 11, 2015

PEMANTAUAN OLEH UNIT PEMBANGUNAN BTP & BTPNT



Pada 7 Januari 2015, Seramai 9 orang wakil dari BTP dan BTPNT telah hadir ke PKG Jerteh untuk melihat kesan - kesan daripada banjir yang melanda pada 18 Disember 2014 lalu. Wakil dari BTP ialah Anathan A/L Darman, Muhammad Faidzol Bin Azree Talib, Khairul Bin Sharifuddin, Mohd Rais Bin Noryakin, Amir Bin Abu Bakar dan seorang Pemandu. Manakala wakil dari BTPNT diketua oleh KPP, Tn Hj Alias Bin Talib, Ruzlan Bin Abd Ghani, bersama seorang Pemandu. Kesan daripada banjir baru baru ini, kebanyakan perabot yang diperbuat daripada playwood rosak dan tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada kejadian tersebut, warga PKG Jerteh telah bergotong - royong untuk membersihkan lumpur-lumpur yang dibawa air banjir dengan bantuan ahli keluarga warga PKG Jerteh.