PENCARIAN

Sep 27, 2012

PENGENALAN...

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF
  • - Menjadikan murid banyak membaca.
  • - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

TIGA ELEMEN NILAM
  • 1. Rekod Membaca
    Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • 2. Pengesahan Pembacaan
    Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • 3. Pengiktirafan
    Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Sep 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA



Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.

Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.



Sep 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BTPN TERENGGANU


Bergambar bersama Tuan KPP...


Tarikh : 11 September 2012
Tempat : Dewan Besar BTPN Terengganu
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang

Sep 9, 2012

FESTIVAL FILEM DIGITAL NEGERI SABAH


SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festival ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI

Sep 5, 2012

KEM MEMBACA 1MALAYSIA & KEMPEN READ


Sepintas Lalux :  Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.