PENCARIAN

Jan 31, 2012

SISTEM TARANTULA IQ-PSS DAN I-NILAM 2012


Dimaklumkan berkuatkuasa 1-Jan-2012, Pihak Pengurusan BIOS ONE SDN BHD telah memutuskan penggunaan dan capaian Sistem iQ-PSS dan i-NILAM tidak akan disekat dan beroperasi seperti biasa selagi ianya memberi manafaat kepada sekolah, PKG dan BTPN. 


Komitmen kami, Sistem Tarantula sentiasa beroperasi 24x7 dengan khidmat sokongan 24jam. Terima kasih atas sokongan anda semua. 


--PENGARAH URUSAN, BIOS ONE SDN BHD--



iQ-PSS 2011 & 2012 


Tarikh akhir untuk melengkapkan iQ-PSS 2011 adalah pada 31-Jan-2012. 
Penarafan Pusat Sumber 2012 dibuka mulai 1-Feb-2012. GPM dan PTP PKG sila ambil tindakan. 
--ADMIN--



Makluman i-NILAM 2012. 


LANGKAH PERTAMA, anda mesti sediakan senarai kelas 2012 dengan klik ikon '[1]Penetapan/Senarai Kelas 2012'. Pastikan senarai kelas 2012 anda adalah TEPAT dan LENGKAP sebelum anda membuat proses naik kelas. 
--ADMIN--

SEKALUNG PENGHARGAAN


          



Segala kerjasama yang diberikan dalam melengkapkan Data Guru Perpustakaan dan Media 2012. 

Jan 25, 2012

SOALAN PEPERIKSAAN TOV 2012


Musim peperiksaan bermula lagi. Soalan peperiksaan TOV bagi tahun 2012 boleh diambil di PKG Jerteh mulai 25. 01. 2012. Bagi sekolah rendah, kertas peperiksaan yang dibekalkan adalah dari tahun 3 hingga tahun 6 manakala bagi sekolah menengah pula terdiri daripada tingkatan 3, 5 dan 6 sahaja. Sekian, harap maklum.

Jan 24, 2012

GALAKAN MEMBACA

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH(DI BAWAH PROGRAM NILAM) 
1.                  Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
2.                  Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3.                  Mendirikan Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4.                  Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
5.                  Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6.                  Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7.                  Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8.                  Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9.                  Mengumpul Perkataan – Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10.              Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
11.              Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12.              Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13.              Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14.              Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15.              Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16.              Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17.              Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18.              Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19.              Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya. 
20.              Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21.              Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22.              Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23.              Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24.              Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25.              Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26.              Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27.              Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28.              Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.
29.              Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30.              Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada.
31.              Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32.              Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
33.              Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34.              Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35.              30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36.              Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37.              Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.
38.              Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
39.              Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40.              Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41.              Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42.              Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.
43.              1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44.              Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45.              Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

Jan 23, 2012

APA YANG DIMAKSUDKAN PUSAT SUMBER ?

KONSEP PUSAT SUMBER SEKOLAH
1.0         PENDAHULUAN
Kepantasan dan kecanggihan teknologi cetak, kemajuan dalam bidang telekomunikasi, radio , televisyen dan mikrokomputer serta satelit telah membawa kepada satu tahap ledakan maklumat yang belum pernah terjadi sebelumnya, penyampaian maklumat yang sungguh pantas di seluruh dunia dan perubahan besar dan penting dalam kesemua aspek hidup manusia.           
Bagi menghadapi suasana demikian, pelajar mestilah bersedia untuk mengeksploitasi sumber-sumber teknologi pembawa maklumat. Pelajar perlu dibawa keluar daripada buku teks mereka, sekiranya mereka hendak mendapatkan maklumat yang lebih luas.           
Aktiviti pengumpulan maklumat seumpama ini boleh dipromosikan melalui penggunaan Pusat Sumber Sekolah. Sekiranya ini dilaksanakan, PSS memenuhi peranannya sebagai pelengkap kepada kurikulum.           
Penggabungjalinan Pusat Sumber Sekolah ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharian sekolah akan menyumbang ke arah pembinaan proses pemikiran, kemahiran belajar, kebolehan pengendalian maklumat dan pemerolehan ilmu. Jadikanlah PSS sebahagian daripada aktiviti pedagogi dalam sistem sekolah kita supaya wujud suasana aktif dan menarik. 
2.0         SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Perpustakaan Sekolah telah mula wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada awal tahun 1950an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perpustakaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan di samping kekurangan kakitangan terlatih.Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:
2.1           Semua koleksi ditempat di sebuah bilik khas
2.2           Guru Perpustakaan/Pusatakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
2.3           Koleksi buku purata 10 judul bagi  1 pelajar.
2.4           2 hingga 3 naskhah akhbar. 
Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran ( Pendidikan ) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan serama 13 orang guru.Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran ( Pendidikan ) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ( “School Library Manual”) yang disediakan oleh Margeret Walker.Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am (General Science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula, projek kedua melibatkan bidang Biologi ( Kajihayat).           
Pada tahun 1967, Perpustakaan Sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan.           
Pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.           
Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah bagi menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.           
Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri telah dipilih iaitu Negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tiada mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama.           
Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1997. 
3.0     FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus lumus pengajaran”.                       
Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:
3.1        PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman    praktik guru dan juga murid.
3.2        Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong  
              pencapaian matlamat kurikulum.
3.3        Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis. 
4        DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
4.1  PSS sebagai satu tempat terkumpulnya berbagai alat dan bahan media pendidikan yang telah dikelas, dikatalog dan disusun-atur untuk memudahkan pengguna di samping merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul, berunding sesama sendiri, memilih, merencana, menerbit dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan ikhtisas guru demi meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
-Yusuf Hashim-Ke Arah Mengintergrasikan Perpustakaan Sekolah ke PSS
4.2  Menyimpan dan memberi perkhidmatan mengenai berbagai sumber pengajaran pemelajaran. Menyimpan rekod-rekod bahan. Memberi perkhidmatan maklumat mengenai bahan dan organisasi. Mempunyai ruang-ruang kegiatan. Terletak berhampiran dengan semua tempat belajar yang lain.
-RPA Adwards-Resources In Schools
4.3  PSS merupakan satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak/pengguna mencapai matlamat pengajiannya. Ia lebih merupakan punca segala aktiviti ke arah tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.
-Daud Hj. Mohd.Noor- Mengenai dan Memahami PSS Anda
4.4  PSS adalah satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding, pakar-pakar/kakitangan sumber kesemuanya sama-sama merencana, membina dan mengeluarkan bahan-bahan kurikulum, menggunakan dapatan-dapatan penyelidikan dan menyedia/menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambah lagi iktisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan murid mereka.
-Dr.Wan Zahid Nordin- PSS Satu Tinjauan Konsep
4.5  PSS ialah pusat yang mengumpul ,menyebarkan berbagai maklumat dalam beberapa bilik/bangunan yang diuruskan secara sistematik oleh kakitangan media yang terlatih untuk membina berbagai perkhidmatan bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
-Kasim Abbas- Pusat Sumber Sekolah – Struktur dan Organisasi. 
5        KONSEP  PUSAT SUMBER SEKOLAH
Ciri-ciri yang terdapat di dalam definisi PSS di atas, kita boleh mengkonsepsikan bahawa PSS yang unggul mempunyai aspek-aspek yang berikut :
5.1  Kemudahan fizikal
5.2  Koleksi berbagai jenis bahan(cetak dan bukan cetak)
5.3  Pengurusan yang teratur
5.4  Kakitangan media yang terlatih
5.5  Menawarkan berbagai jenis perkhidmatan
5.6  Ada matlamat dan objektif 
4.1.1      Aspek Kemudahan Fizikal
Untuk PSS beroperasi, kemudahan fizikal atau tempat amat mustahak. Kemudahan fizikal boleh dalam bentuk satu bangunan khas, satu blok bangunan, beberapa bilik, satu bilik sahaja ataupun hanya merupakan sudut-sudut di dalam bilik darjah. Ketentuan ini bergantung kepada kemampuan sekolah masing-masing. 
4.1.2        Koleksi Bahan
Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. 
4.1.3        Aspek Pengurusan Yang Teratur
PSS mesti diurus secara sistematik dengan menggunakan sistem Dewey. Bagi memastikan pengurusan berjalan lancar, Jawatankuasa Induk PSS yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar mestilah ditubuhkan. Jawatankuasa ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 
4.1.4        Aspek Kakitangan Media Terlatih
Kakitangan yang menguruskan PSS mestilah telah menjalani kursus khas yang dianjurkan oleh agensi yang bertanggungjawab. Contohnya: 
i.                     Ijazah Sains Perpustakaan/ Kajian maklumat
ii.                   Kursus Sains Perpustakaan 1 tahun MPIK
iii.                  Kursus Pengurusan Sumber 1 tahun IPDA
iv.                 Kursus Pengurusan Pusat Sumber 3 bulan/1 bulan IAB
v.                  Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber 35 jam anjuran BTP/ JPN/PSPN/PKG 
4.1.5        Aspek Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan oleh PSS adalah bergantung kepada keperluan, kemampuan kewangan dan fizikal serta tenaga mahir yang ada di sekolah. Walau bagaimanapun tiga perkhidmatan asas berikut perlu diadakan, iaitu:
i.                     Perkhidmatan perpustakaan
ii.                   Perkhidmatan radio/TVP/bilik tayang
iii.                  Perkhidmatan Bahan bantu mengajar (BBM)
Sekolah yang mampu boleh menyediakan perkhidmatan yang lain seperti: 
i.                     Perkhidmatan rakaman – studio
ii.                   Perkhidmatan fotografi
iii.                  Perkhidmatan percetakan
iv.                 Perkhidmatan internet
v.                  Dan lain-lain. 
4.1.6      Matlamat dan Objektif Matlamat              
i.                    Mempertingkatkan mutu pendidikan di Sekolah
ii.                  Membantu mempertingkatkan profesionalisme guru-guru agar lebih berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif.
iii.                Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif
i.                  Menyediakan kemudahan alat dan bahan (perkakasan dan perisian) untuk membantu guru dan
                    pelajar melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. 
ii.                 Menyediakan bahan-bahan yang sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan pelajar. 
iii.                Mewujudkan satu iklim atau suasana yang boleh menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid
                   dari segi kaedah pengajaran yang berbagai dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar. 
iv.               Meningkatkan mutu pengajaran guru dan taraf pencapaian pelajar. 
6        FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 
6.1  Mengumpul atau memperoleh bahan koleksi daripada berbagai jenis dan bentuk yang difikirkan sesuai untuk pembelajaran,sama ada didapati secara percuma, dibeli atau dibekalkan oleh pihak tertentu. 
6.2  Menghasil atau mengeluarkan bahan pembelajaran sendiri sama ada secara individu atau kumpulan daripada bahan-bahan yang dibeli atau barangan terpakai. 
6.3  Mengorganisasi atau menyusun bahan-bahan secara sistematik. 
6.4  Mengedar atau menyebarkan maklumat mengenai bahan yang terdapat di PSS supaya dapat digunakan secara maksimum oleh semua pelajar dan guru. 
6.5  Memberi panduan, bimbingan dan nasihat kepada pengguna mengenai perkhidmatan yang ditawarkan dan lokasi bahan atau alatan. 
7        PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
7.1  Sebagai pusat ilmu iaitu mempunyai perbendaharaan ilmu yang banyak. 
7.2  Pusat pembelajaran iaitu melalui pelbagai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. 
7.3  Pusat pengajaran iaitu tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan canggih yang disediakan. 
7.4  Pusat profesional iaitu melalui latihan dalaman atau perbincangan kumpulan. Keempat-empat peranan Pusat Sumber ini berkait rapat dengan fungsi utama Pusat Sumber, iaitu pengumpulan,penyebaran,penyusunan dan penggunaan atau penyebaran maklumat.  
8        PUSAT SUMBER ELEKTRONIK
Koleksi PSS bukan hanya terhad kepada bahan cetak,audio dan video sahaja, tetapi dalam bentuk cakera liut dan cakera padat. Dengan perkembangan teknologi terkini di Pusat Sumber, membolehkan penggunannya mendapatkan maklumat yang luas dari seluruh dunia melalui jaring dan internet.             
Apabila Pusat Sumber dapat menyediakan bahan dalam bentuk teks dan elektronik serta dalam masa yang sama menyediakan kemudahan bagi mencapai maklumat dari luar ruangnya melalui jaringan telekomunikasi komputer, maka Pusat Sumber itu dapat dikenali sebagai Pusat Sumber Elektronik ( Saidina Omar, 1996).  Biasanya ciri-ciri penting PSE ialah penggunaan meluas akan alat elektronik di dalam penyimpanan, pencarian kembali dan penyebaran maklumat. Manakala Dowlin (Kenneth Dowlin,1984) menghuraikan ciri-ciri Pusat Sumber Elektronik seperti berikut: 
8.1  Menguruskan bahan-bahan dengan menggunakan komputer;
8.2  Berupaya menemukan pencari maklumat dengan maklumat itu sendiri secara elektronik, dan
8.3  Keupayaan untuk menyimpan,mengurus dan menyebarkan maklumat kepada pengguna secara elektronik. 
Ciri-ciri tersebut jelas membayangkan bahawa PSE itu, adalah merupakan satu organisasi maklumat yang menggabungkan penggunaan alat-alat elektronik di dalam perkhidmatannya. Kejelasan ciri-ciri Pse dapat terangkum dalam definisi “Perpustakaan digital” yang diberikan oleh Henry M.Gladney (1994) sebagai: 
A Digital Library is an assemblage of digital computing, storage and comminications machinery together with the content and software needed to reproduce, emulate and extend the services provided by conventional libraries based on paper and ather material means of collecting, cataloging, finding, and disseminating information. A full services digital library must accomplish all essential services of tradisional libraries and also exploit the well-known advantages of digital storage, searching and communication”. 
8.0     FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
PSS adalah satu sistem yang hidup yang menekankan aktiviti dan perancangan tersusun dalam erti kata ia bukannya koleksi atau tempat menyimpan alat dan bahan tetapi satu jalinan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang aktif dan praktik melalui penggunaan deria-deria dan anggota. Ini bererti proses pengajaran-pembelajaran berlaku dengan seronok dan berkesan yang berakhir dengan “Peningkatan pembelajaran tanpa tungkus lumus pengajaran”.                        
Daripada falsafah di atas, butir-butir takrifan berikut perlu dihayati:
8.4  PSS merupakan tempat aktiviti akademik yang melibatkan pengalaman praktik guru dan juga murid. 
8.5  Ia adalah satu sistem atau pusat perkhidmatan untuk menolong pencapaian matlamat kurikulum. 
8.6  Himpunan atau koleksi alatan dan bahan adalah hanya satu kaedah, sedangkan matlamat sebenarnya ialah aktiviti yang dinamis. 
8.7  Untuk menjadikannya satu tumpuan aktiviti, yakni sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran, “Semangat PSS” perlu dipupuk di kalangan guru dan pelajar.

Jan 20, 2012

PROGRAM BERSEPADU BTPN-PKG TERENGGANU



Sesi  Program Bersepadu BTPN Terengganu & PKG Terengganu telah diadakan pada 17-19 Januari 2012. Pada 17 Januari 2012 telah diadakan Bengkel Pemurnian Fail Meja Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Negeri Terengganu. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim dan diurusetiakan oleh Unit Intervensi ICT Dan Kajian Penilaian. Pada 18 Januari 2012 pula diadakan Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil. 1/2012 dan dikendalikan oleh Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG yang diketuai oleh Ketua Unit yang baru. Antara lain mesyuarat ini lebih kepada pengurusan awal tahun dan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti (JKPA) di PKG Terengganu di samping sesi perkongsian unit-unit di BTPN Terengganu. Pada 19 Januari 2012 pula Sesi Bersama UPSP bagi menyelaraskan beberapa perkara berkaitan dengan sasaran kerja pada tahun 2012 sebelum itu telah diadakan program mingguan bacaan surah Yaasin dan tazkirah.
| Berita: UIICTKP

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU 2012

Jan 10, 2012

TAKWIM PERPERIKSAAN TAHUN 2012


* Takwim ini masih tertakluk kepada pindaan oleh Lembaga Peperiksaan  / Majlis Peperiksaan Malaysia

Sebarang pertanyaan berkenaan Takwim Peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR    03 - 8884 3382 
PMR    03 - 8884 3394
SPM     03 - 8884 3330
STAM  03 - 8884 3340

Jan 6, 2012

PERKHIDMATAN PKG

Perkhidmatan PKG

ICT
  • Meja Bantuan Aras 1
  • Khidmatbantu ICT
  • 1BestariNet
  • Pembestarian Sekolah
  • Penarafan ICT: SSQS / SPPICTS
  • Selenggaraan ICT: Perkakasan / Sistem / Aplikasi / Konfigurasi Rangkaian / STS
  • Makmal komputer / bahasa
  • Portal / Laman Sesawang
  • Inisiatif ICT sekolah
  • Kompetensi / Kemahiran Aplikasi
  • Kolaborasi Maya

PSS
  • Khidmatbantu PSS
  • PSS Cemerlang
  • Pusat Akses Sekolah
  • Penarafan PSS: i-Nilam / iQ-PSS
  • Gerakan Membaca: NILAM / KM1M /READ2012
  • Literasi Maklumat

Media
  • Khidmatbantu Teknologi Pendidikan
  • MBMMBI
  • EduwebTV
  • Kampus ASTRO
  • CDRI
  • Penerbitan Resos P&P
  • Duplikasi Resos P&P
  • Bahan Inovasi
  • Bahan Promosi
  • Best Teaching Practice
  • Fotografi 
  • Grafik Digital
  • e-Bahan

Perkhidmatan Umum
  • Pinjaman & penggunaan peralatan, bahan cetak & bukan cetak
  • Khidmat bantu, nasihat dan kepakaran teknologi pendidikan
  • R&D / Kajian Tindakan
  • Kursus / Bengkel / Seminar / Projek
  • Lawatan Penanda Aras
  • Sosial & Kebajikan

Jan 5, 2012

MESYUARAT PKG DAERAH BESUT BIL.1/2012

Tarikh : 5.1.2012
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perpustakaan PKG Jerteh

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Laman Web PKG
3. Perancangan Aktiviti Tahun 2012
4. Kemaskini Takwim PKG Daerah

Jan 4, 2012

PERKHIDMATAN INTERNET TAHUN 2012


Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Bersama-sama ini disertakan surat siaran perkhidmatan Internet di sekolah-sekolah dari BPPA, KPM berkaitan pemasangan perkhidmatan internet bagi tahun 2012.

Untuk makluman lanjut, tuan/puan sila klik pada pautan Muat Turun.

Jan 3, 2012

PSS MENCEMERLANGKAN

LOSININ BIN JOHALIN,
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH
PUSAT KEGIATAN GURU, RANAU


PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) MENJANA KECEMERLANGAN PELAJAR

ABSTRAK

Telah sekian lama Pusat Sumber Sekolah (PSS) wujud. Dulu dikenali sebagai Kutub Khanah, kemudian Perpustakaan. Apabila elemen perpustakaan ditambah dengan APD dan Multimedia, diubah pula namanya kepada Pusat Sumber Sekolah. Dalam tempoh itu, banyak PSS yang menjulang nama. Tak sedikit juga yang hanya tinggal nama. Kajian tentang kesesesuaian penggunaan PSS sebagai medium pengajaran dan pembelajaran banyak dilakukan untuk mendokumentasikan bukti dan harapan agar PSS diberikan keutamaan dalam pengurusannya di sekolah-sekolah. Teringatkan kata-kata Kung Fu Tze, seorang ahli falsafah Cina yang mengatakan:

” Kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat, saya ingat; dan kalau saya buat, saya tau”

Kata-kata di atas amat sesuai untuk mewakili fungsi PSS itu sendiri yang menjadi gudang media sekolah. Penggunaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menambahkan keberkesanan dan memudahkan pelajar menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar oleh guru. Kajian awal yang telah dijalankan olehNordin (1991) melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu membawa pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan meningkatkan tahap kefahaman mereka. Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999). Molstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan meningkatkan proses pengajaran.  Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”
Pusat sumber sebagai gedung ilmu menyumbangkan peranan yang besar kepada kecemerlangan pelajar. Pusat sumber membantu pelajar membekalkan seberapa banyak ilmu dan kemahiran dengan adanya media-media yang terdapat di pusat sumber. Program-program yang dirancang oleh Pasukan PSS yang terdiri daripada pihak pengurusan, Guru Media dan Perpustakaan, Guru Penolong PSS dan Pustakawan juga memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengasah bakat mereka dalam bidang ko-kurikulum. Oleh itu, peranan yang besar perlu digalas oleh Pasukan PSS bagi mempastikan misi serta visi ini terlaksana dan tercapai. 


A. Pengenalan

Pusat sumber merupakan gedung ilmu, juga jantung dan nadi kepada sekolah. Budaya ilmu lahir di Pusat sumber. Budaya membaca juga bermula di Pusat sumber.

Oleh sebab Pusat sumber sebagai gedung ilmu dan jantung atau nadi kepada sekolah, maka ia memainkan peranan yang besar dan penting ke arah membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. 

Di dalam mempastikan impak yang tinggi, pusat sumber sekolah boleh memainkan peranan sebagai nadi kepada pembangunan pendidikan. Antara peranan utamanya ialah :

1. Mengesan dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran

2. Menilai bahan-bahan yang mempunyai hubungan dengan bidang dan matapelajaran

3. Melengkapkan penggunaan ‘courseware’ yang bersesuaian dengan sistem pengurusan sekolah bestari (SSMS).

4. Mengesan dan menyimpan data-data individu sebagai bahan sumber untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku skrap.

Pusat sumber bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merupakan pusat penyimpanan koleksi maklumat yang terkini dipilih dan disimpan secara sistematik untuk digunakan oleh pengguna mengikut keperluan. Terdapat juga perkhidmatan serta pelbagai program yang dijalankan untuk pelajar dan guru sekolah mengunakan bahan-bahan serta peluang-peluang yang terdapat di dalamnya.


B.  Fungsi pusat sumber

Pusat sumber mempunyai tiga fungsi utama iaitu teknologi pengajaran, makmal pembelajaran dan pengurusan ilmu .

1. Teknologi pengajaran

  • Fungsi sebagai teknologi pengajaran memerlukan pusat sumber; menyediakan bahan pengajaran,

  • memberi peluang kepada pelajar mengunakan bahan dalam pelbagai bentuk (computer, projector,slide, dan lain-lain),

  • memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran,

  • menarik minat pelajar terhadap pelajaran,

  • memperkukuhkan kualiti bahan pengajaran dengan pengunaan komputer,

  • mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyediakan bahan mereka dan mengeluarkan lagi bahan baru,

  • meningkatkan keberkesanan bahan pengajaran melalui persembahan yang menarik,

  • menyatukan pengunaan grafik, video, audio dan teks dalam bentuk media menjadi satu persembahan yang bersepadu,

  • meningkatkan komunikasi pembelajaran dengan pelajar lain di seluruh dunia

  • pelajar boleh mengunakan komputer dalam menyempurnakan tugas mereka.

2.  Makmal Pembelajaran

Manakala peranan pusat sumber sebagai makmal pembelajaran pula ialah;
  • merancang media pendidikan yang dapat diintegrasikan dalam kurikulum sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran,
  • mengumpul dan menyebarkan segala macam maklumat yang berkaitan dengan teknologi dan reka bentuk pengajaran,

  • mengumpul maklumat dan mengedarkan berbagai jenis alat dan bahan mengajar (cetak dan bukan cetak) untuk kemudahan guru dan murid,

  • menyediakan kemudahan dan perkhidmatan media yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza antara satu dengan yang lain,

  • membantu guru memilih dan menilai alat dan bahan pengajaran yang telah dihasilkan oleh guru sendiri atau yang diberi oleh pihak pembekal serta

  • melatih dan mengalakkan guru mengunakan alat dan bahan media mengikut pendekatan sistem.

3.  Pengurusan ilmu

Fungi pusat sumber dalam pengurusan ilmu pula ialah;
  • untuk mengenalpasti bahan atau ilmu yang diperlukan oleh sesebuah sekolah,

  • untuk mempastikan bagaimana ilmu dapat distrukturkan untuk memenuhi keperluan pelajar,

  • membantu pelajar dan pengajar mengunakan kaedah IT untuk akses ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber serta

  • membantu guru dan pelajar menggunakan ilmu yang terdapat di dalam pusat sumber secara kreatif.

Melihat kepada fungsi-fungsi yang perlu dimainkan oleh pusat sumber di dalam pendidikan bestari bagi melahirkan pelajar cemerlang ini jelas ianya perlu menghadapi pelbagai cabaran berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan globalisasi.

4. Pengurusan Program PSS

  • Merancang dan melaksana aktiviti ko-kurikulum untuk mengasah bakal pelajar

  • Dapatkan contoh program yang sesuai dengan pelajar mengikut sekolah

  • Adakan ”smart partership” dengan jabatan / panitia / persatuan / kelab 

C. Enam Bahagian Utama Dalam Pusat Sumber

Untuk mempastikan pusat sumber sekolah dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam merealisasikan pendidikan bestari dan cemerlang, pusat sumber sekolah perlu mempunyai enam bahagian utama iaitu:

1. Makmal PUSAT AKSES yang dilengkapi dengan komputer yang mempunyai kemudahan internet untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran berbantukan komputer.

2. Bilik akses kendiri di mana disediakan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara individu mmengikut keperluan mereka.

3. Bilik alat pandang dengar (APD) pula menempatkan semua alat pandang dengar seperti radio, video, projector, ‘overhead projector, CD ROM dan lain-lain.

4. Perpustakaan pula menempatkan buku, akhbar, majalah, jurnal, peta, glob dan lain-lain.

5. Bilik simulasi pula menempatkan bahan-bahan yang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka secara individu atau berkumpulan.

6. Bilik bahan bantu mengajar menempatkan segala bahan yang telah dihasilkan oleh guru media dan guru-guru untuk digunakan oleh guru-guru lain dalam P&P

D. Pengurusan sumber – sumber di dalam pusat sumber

Pusat sumber memainkan peranan menguruskan pelbagai sumber pendidikan untuk memenuhi keperluan kurikulum bestari serta memenuhi gaya dan keupayaan belajar pelajar yang tidak serupa antara satu sama lain . Antara sumber-sumber yang perlu diuruskan oleh pusat sumber ialah :

1. Wujudkan pengkalan data yang lengkap termasuk video dan audio untuk memudahkan pembelajaran lebih cepat dan tepat melalui system otomasi dan rangkaian pangkalan data. Sistem simpanan maklumat berkomputer perlu direncanakan supaya semua penguna dapat akses maklumat dalam pelbagai bentuk.
2. Berupaya menyediakan tugasan yang diberikan secara individu dalam bentuk bercetak dan elektronik. Bahan rujukan boleh diperolehi dengan cepat. Pusat sumber mempunyai koleksi media bercetak seperti buku dan bukan cetak seperti video, gambar dan audio. Tugasan ilmiah boleh disempurnakan secara “online” melalui bantuan komputer seperti mel elektronik atau forum dalam blog.
3. Menguruskan perisian kurikulum di mana guru media, guru subjek, pelajar dan staf lain boleh, merancang, mengelola, membimbing dan mengawal pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan perisian pembelajaran.

4. Boleh mengakses pangkalan data kebangsaan dan antarabangsa di mana pembelajaran tiada had, tiada sempadan masa dan tempat. Pembelajaran juga tiada had apa yang hendak dan boleh dipelajari. Ini akan menghasilkan kualiti dan kuantiti pembelajaran yang tinggi. Pengurusan pusat sumber yang berkesan ini dapat membantu pelajar di dalam proses pembelajaran bestari di mana cara pembelajarannya adalah dengan mengunakan courseware interaktif, mengunakan CD- ROM atau melalui intranet sekolah, dengan networking melalui e-mail kepada pakar / pihak tertentu, dengan mendapatkan bahan di internet, dengan berkongsi maklumat dengan rakan lain melalui perbincangan, dengan membuat lawatan ke tempat mempunyai sumber maklumat yang diperlukan serta memperolehi maklumat dari bahan konvensional seperti buku dan perpustakaan tradisional.

E. Peranan Guru Media, Guru Penolong PSS, Pengawas Pusat Sumber / Pustakawan

Pusat sumber yang cemerlang membantu menjana kecemerlangan pelajar. Maka semua pemimpin PSS dari atas sampai ke bawah perlu bekerjasama menjalankan peranan masing-masing.

  • Perancangan dan perlaksanaan program budaya ilmu serta wujudnya kolaborasi di antara GMP, GPPS, Guru Subjek, Pustakawan dan pelajar

  • Membantu guru untuk penyediaan alat bantu mengajar serta menunjuk ajar cara pengendalian alat atau teknologi ICT.

  • Pasukan PSS bekerjasama mengadakan orientasi pusat sumber kepada penguna iaitu pelajar, guru dan juga ibu bapa.

  • Pasukan PSS perlu mempromosikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru dan
pelajar mengenai penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pusat sumber serta mengalakkan dan pelajar  multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Untuk meningkatkan keupayaan guru-guru sekolah dalam mengunakan sumber pengajaran yang terdapat di dalam pusat sumber, Pasukan PSS boleh mengadakan latihan kepada guru-guru serta pelajar bagaimana cara untuk mengakses maklumat serta juga mengadakan pameran

  • Pasukan PSS juga sentiasa mengemaskini bahan dan ilmu yang di dalam pusat sumber seperti menyediakan bahan-bahan pengajaran yang relevan dan mempunyai maklumat yang terkini
  • serta sentiasa bersedia mengubah kaedah tradisional kepada cara moden berdasarkan kepada perubahan teknologi terkini.

  • Pasukan PSS juga perlu bersedia untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelajar dalam usaha untuk menggalakkan pelajar mengunakan sumber dan melawat pusat sumber.

  • Bagi menarik agar pusat sumber sentiasa dikunjungi oleh penguna Pasukan PSS perlulah arif dalam mengurus pusat sumber secara efektif, efisyen serta membuktikan ianya mampu meningkatkan pencapaian kecemerlangan pelajar 
E. Peranan Khas Guru Media Perpustakaan / Guru Penyelaras Bestari

Dalam mempastikan keberkesanan pengurusan serta perkhidmatan yang di sediakan oleh pusat sumber sudah tentu memerlukan seorang guru media dan penyelaras bestari secara sepenuh masa. Untuk itu mereka perlulah sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan (content knowledge) -ilmu mengurus pusat sumber, membuat keputusan, ilmu untuk membuat promosi atau memperkenalkan pusat sumber kepada penguna, mampu menjalankan penyelidikan dan mengaplikasikan hasil serta ilmu baru yang diperolehi dari penyelidikan bagi meningkatkan lagi keupayaan pusat sumber  

4.2 Peranan Pihak Pengurusan sekolah

Pengurusan pusat sumber yang berkesan lagi efektif untuk membantu melahirkan pelajar cemerlang tidak mungkin akan tercapai tanpa kesedaran serta keyakinan daripada pihak pengurusan sekolah. Sokongan yang berterusan amat diharapkan agar pusat sumber mampu berkembang. Pengurus sekolah perlu menyedari peri pentingnya peranannya. Sebagai langkah awal pengurus perlulah bertindak untuk :-

1. Berwawasan dan memahami visi pusat sumber
2. Memberi sokongan moral, teknikal, kewangan kepada pusat sumber
3. Mempastikan pembangunan fizikan PSS dilaksanakan dengan lancar

5. Penutup

Telah banyak bukti bahawa kecemerlangan PSS memberikan impak yang tinggi kepada kecemerlangan pelajar. Pelajar-pelajar cemerlang yang telah dinobatkan sejak tahun 2000 kesemuanya adalah juga penerima anugerah NILAM di pelbagai peringkat. TERBARU dalam Anugerah NILAM Kebangsaan 2008.. Adik Bessima Jamal dari SMK. Lok Yuk Likas..yang menguasai 8 bahasa adalah bintang berkelipan yang menghabiskan sebahagian daripada kehidupannya di Pusat Sumber. Dan yang paling penting lagi ialah PSS SM Lo Yuk juga adalah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Sabah beberapa tahun yang lepas.. 

Cabaran dan Harapan Untuk PSS Daerah Ranau
“Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau bukan di sini, di mana lagi..”