PENCARIAN

Oct 28, 2012

DALAM KENANGAN...



Al-Fatihah buat Encik Mamat bin Kifli, PTP 1 PKG Seri Payong yang menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober 2012 jam 12.00 tengah hari di Hospital Besut. Arwah merupakan pegawai yang lama berkecimpung dengan PKG. Warga BTPN dan PKG Terengganu telah menziarahi jenazah arwah di Kampung Alor Keladi, Besut. Turut sama adalah Tuan Haji Alias Talib, KPP BTPNT dan Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut, Timbalan Pengarah BTP. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin...


Sep 27, 2012

PENGENALAN...

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF
  • - Menjadikan murid banyak membaca.
  • - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca

TIGA ELEMEN NILAM
  • 1. Rekod Membaca
    Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
  • 2. Pengesahan Pembacaan
    Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • 3. Pengiktirafan
    Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Sep 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA



Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.

Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.



Sep 12, 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BTPN TERENGGANU


Bergambar bersama Tuan KPP...


Tarikh : 11 September 2012
Tempat : Dewan Besar BTPN Terengganu
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang

Sep 9, 2012

FESTIVAL FILEM DIGITAL NEGERI SABAH


SUKACITA dimaklumkan bahawa pelawaan adalah dibuka kepada semua sekolah untuk untuk menyertai Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-4 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka Kebangsaan. Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Sekolah Menengah hanya untuk Kateori Tertutup Negeri Sabah sahaja. Manakala Kateori Terbuka kebangsaan adalah terbuka kepada semua sekolah di Malaysia. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Oktober 2012. Festival ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah, Multimedia Development Corporation, Kuala Lumpur dan diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Hadiah yang menjangkau RM70,000.00 dalam bentuk Komputer Riba, Kamera, Trofi, wang tunai dan sijil penghargaan disediakan. Borang penyertaan boleh didownload di SINI

Sep 5, 2012

KEM MEMBACA 1MALAYSIA & KEMPEN READ


Sepintas Lalux :  Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

May 14, 2012

LIRIK LAGU TEMA HARI GURU 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan


Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU TAHUN 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

      

Apr 15, 2012

MENGENALI BAHAN BACAAN

ALMANAK

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalendar tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.





ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
• Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
• Membuat nota dan catatan yang berkesan
• Tentang bahan semasa.
• Dalam penyampaian laporan.
• Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki

INDEKS

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
• Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
• Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis Indeks
• Indeks di bahagian akhir buku.
• Indeks Jilid Khas.





Apr 1, 2012

PENGARAH PELAJARAN TERENGGANU








Nama :     En Zakaria bin Hussin 
Jawatan Sebelum Menjadi Pengarah :    Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut
Tarikh Lapor Diri Sebagai Pengarah :   12 Mac 2012

Mar 23, 2012

KEM KEMBARA NILAM NEGERI TERENGGANU 2012

  

Kem Kembara NILAM Peringkat Negeri Terengganu telah selesai dijayakan pada 19-21 Mac 2012 yang melibatkan 25 orang peserta dari setiap daerah. Secara keseluruhan Kem ini telah menunjukkan peningkatan ketara bagi semua peserta di mana rumusan ketua hakim mendapati terdapat peserta berada pada tahap gemilang. Pada hari terakhir juga telah dinobatkan dua orang Tokoh NILAM Negeri Terengganu Kategori SM dan SR.

TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2012


 KATEGORI
NAMA
SEKOLAH
SR
NUR SYAZWINA BINTI MOHD SUKRI
SK TAPAH, HULU TERENGGANU
SM
ANIS RAIHAN BINTI ASMADI
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK, KUALA TERENGGANU


Mar 1, 2012

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SERTA GURU PENYELARAS NILAM

Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras Nilam Bil.1/ 2012 bagi sekolah ahli PKG Jerteh telah diadakan pada 28 Februari 2012 di Bilik Mesyuarat Lavender dan Jasmine. 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi memantapkan lagi pengurusan PKG dalam menyelaraskan tugas yang perlu dilaksanakan oleh GPM dan Penyelaras Nilam. Selain itu, mendapatkan persepakatan dalam memastikan peningkatan bintang bagi Pengisian iQ-PSS serta pengisian data NILAM.



Terima kasih di atas kerjasama semua guru dalam menjayakan mesyuarat buat kali pertama diadakan.

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI / GURU PENYELARAS ICT


Tarikh: 27 Februari 2012 (Isnin)
Masa :8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat  Lavender, PKG Jerteh, Besut, Terengganu
Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan Laporan SSQS 2011
3. Pengisian STS
4. Perancangan Aktiviti PKG 2012
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa
6. Hal-hal Lain

Feb 27, 2012

TINDAKAN SEGERA : Urusan Kenaikan Pangkat PPLD yang memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG1-1 (DG41)

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan  yang boleh didownload di laman web http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2012/02/tindakan-segera-urusan-kenaikan-pangkat.html ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
  • En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
  • Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149