PENCARIAN

Dec 30, 2011

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2012

Berikut adalah Jadual Kalendar Persekolahan dan cuti sekolah pada tahun 2012. 


Kumpulan A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu








Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya









  RANCANGLAH CUTI ANDA DENGAN BIJAKSANA
  

Dec 12, 2011

KARYA AGUNG

        Senarai Karya-karya Agung Nusantara, di bawah ini saya poskan 15 tajuk karya-karya agung tersebut sebagai panduan. Sebahagian daripada buku tersebut boleh dibeli di pasaran terbuka dan di kedai-kedai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  1. Bustan al-KatibinBustan al-Katibin merupakan sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.
  2. Cerita Jenaka Melayu: Dalam edisi karya agung ini, termuat sebelas buah cerita jenaka Melayu, iaitu Hikayat Sang Kancil, Pelanduk dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Fungsi Cerita Jenaka bukan sahaja sekadar hiburan malah menjadi alat penyampaian ilmu yang biasanya disampaikan oleh tukang cerita dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Begitulah salah satu cara orang Melayu dahulu kala menyampaikan sesuatu ilmu atau pengajaran, iaitu melalui cerita. Misalnya daripada cerita Pak Kaduk, pengajaran atau ilmu yang ditinggalkan ialah “Menang Sorak Kampung Tergadai”. Melalui cerita ini, kita dapat melihat bagaimana orang desa yang tidak “berkuasa” tidak mempunyai pilihan apabila berhadapan dengan pihak yang berkuasa sehingga dia terpaksa menyerahkan atau menukarkan “hak”nya atau asetnya (iaitu ayam sabung yang jaguh) dengan “aset” yang tidak berharga milik pihak berkuasa. Cerita ini menggambarkan kebijaksanaan rakyat, iaitu orang Melayu mentafsirkan keadaan sosial dan struktur kuasa masyarakatnya.
  3. Cerita Lipur Lara: Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang orang Melayu. Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh penglipur lara dengan iringan gesekan rebab dan ketukan belanga atau batil begitu berpengaruh dan bersemarak dalam masyarakat Melayu sehinggalah sampai ke penghujung abad ke-20.
  4. Hikayat Abdullah: Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik & budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah).
    Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran & kepercayaan lama yg tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yg memperkenalkan genre autobiografi & genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka & Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.
  5. Hikayat Aceh: Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah & kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar & kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis & Belanda).  Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan & pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.
  6. Hikayat Hang Tuah: Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”v
  7. Hikayat Inderaputra: Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.
  8. Hikayat Merong Mahawangsa: Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah dari mitos & legenda. Penulisan ini menyatukan mitos & realiti sejarah, antaranya: pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain.
  9. Hikayat Panji Jayeng KusumaHikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.
  10. Hikayat Raja Pasai: Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran & kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
  11. Pantun Melayu – Bingkisan Permata: Karya ini menghimpunkan 4000 pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis & bentuk pantun, yang meliputi tema & isi yang luas & pelbagai. Edisi ini juga menyediakan tiga jenis indeks, iaitu Indeks Baris Pertama, Indeks Maksud dan Indeks Kata Rujuk untuk memudahkan pengguna membuat rujukan.
  12. Sulalat as-Salatin: Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang dititahkan Sultan mengarang “diperbuatkan perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya” . Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
  13. Syair Ken Tambuhan: Selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung Melayu, Negeri Makasar. Sebuah Cerita Panji yang dikarang dalam bentuk syair ini mengisahkan kisah percintaan & pengembaraan Raden Inu Kerta Pati dan Raden Galuh Candera Kirana. Walaupun cerita ini berasal dari Tanah Jawa, temanya merentas sempadan etnik dan budaya setempat, yang membuktikan bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa supraetnik sejak ratusan tahun lamanya.
  14. Tuhfat an-Nafis: Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
  15. Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Dipercayai sebagai naskhah undang-undang Melayu tertua setakat ini dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada abad ke-15 sebagai usaha mensistematikkan segala peraturan yang diamalkan kerajaan Melaka. Undang-undang ini menjadi acuan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain untuk menggubal undang-undang negeri masing-masing, misalnya Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor & Hukum Kanun Brunei.

Dec 11, 2011

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012

Jadual di bawah bagi mengetahui tarikh pembayaran gaji pada setiap bulan. Ini, akan menyenangkan dan memudahkan kita membuat bajet atau pengurusan perbelanjaan dengan baik.

Nov 30, 2011

OPS REDAH



Operasi Bersepadu Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan (Ops "Redah") di PKG Jerteh telah berjalan dengan jayanya pada 29 November 2011 bagi pemeriksaan aset tahun 2006 ke atas sahaja. En. Ahmas Syiham b. Bahiri selaku ketua dan En. Azman b. Abudin sebagai pembantu.

Nov 24, 2011

MESYUARAT JKPA BIL.2/2011


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jerteh Bil.2/2011 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 November 2011 di Bilik Lavender, PKG Jerteh. Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Mohamad bin Ali selaku wakil PPD Besut, Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli yang dipengerusikan oleh En. Mizan bin Haji Mohd. Antara lain mesyuarat ini membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011 dan senarai penggunaan premis. Di samping itu mesyuarat ini juga telah dapat menyelesaikan masalah dan persoalan yang dihadapi oleh sekolah ahli.

Nov 10, 2011

LATIHAN PERISIAN PENGURUSAN KELAS MAKMAL MBMMBI TERENGGANU 2011



Sekolah SJKC Chung Hwa telah terpilih sebagai Pusat Latihan Pengurusan Kelas Makmal MBMMBI bagi Daerah Besut. Latihan ini telah dilaksana pada 8 hingga 10 November 2011 yang melibatkan guru Bahasa Malaysia, guru Bahasa Inggeris, guru Penyelaras ICT dan FT17 (Juruteknik) atau EIO. Manakala PTP PKG dan FT17 menjalankan tugas urusetia bagi memastikan program dapat berjalan dengan lancar.

Nov 1, 2011

TETAP DALAM INGATAN...



Sempena hari terakhir Cik Syamimi binti Md. Nasir bertugas sebagai T-Gas, jamuan makan dan penyampaian hadiah cenderahati telah diadakan pada 31 Oktober 2011. Pihak PKG Jerteh mengucapkan jutaan terima kasih dalam membantu melicinkan pengurusan PKG. Semoga terus cemerlang di masa hadapan.

Oct 25, 2011

KONVENSYEN BAHASA MELAYU



Majlis Konvensyen Bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)2011 Peringkat Wilayah Timur dengan tema Bahasa Bangsa Negara telah diadakan pada 24 Oktober 2011 bertempat di SMK Permaisuri Nur Zahirah bermula pada pukul 8.30 pagi yang telah dirasmi oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. Konvensyen ini diadakan sebagai platform kepada para ilmuwan untuk berbincang dan berkongsi maklumat tentang isu-isu bahasa Melayu dan seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada usaha memperkasakan bahasa Melayu.

Jul 14, 2011

BENGKEL PENGISIAN i-NILAM



PKG Daerah Besut telah mengadakan Bengkel Pengisian i-Nilam selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 12 hingga 14 Julai 2011. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru dalam memasukkan data murid yang terkini bagi merekod bacaan murid secara online. Selain itu, bermula tahun 2011 semua sekolah ahli dikehendaki mengisi rekod bacaan murid sepenuhnya dalam sistem online nilam tarantula. En. Mohd Tarmizi bin Che Min, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bukit Besar telah dijemput sebagai penceramah bagi bengkel tersebut.

May 16, 2011

PROFIL PKG

Pusat Kegiatan Guru Jerteh terletak dalam DUN Jerteh, daerah Besut yang berada dalam kawasan SK Pusat Jerteh. Jarak Pusat Kegiatan Guru Jerteh ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu adalah sejauh 117 km manakala 11 km dengan Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Bangunan Pusat Kegiatan Guru Jerteh adalah satu-satunya berbangunan tiga tingkat di Negeri Terengganu.
Sepanjang penubuhan Pusat Kegiatan Guru Jerteh, ianya telah ditadbir oleh dua orang Penyelaras (Pegawai Teknologi Pendidikan) iaitu En. Aluwi bin Hj. Hassan sejak awal penubuhannya sehingga 15 Oktober 2002. Kemudian diganti oleh En. Mamat bin Kifli bermula dari 4 Mei 2003 hingga April 2010 yang kini bertugas di Pusat Kegiatan Guru Seri Payong.
Seiring dengan arus perubahan serta keperluan semasa, Pusat Kegiatan Guru Jerteh telah mempunyai dua orang Pegawai, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Juruteknik Komputer yang ditadbir oleh En. Alham Radzie bin Jusoh (Pegawai Teknologi Pendidikan I) bermula 18 April 2010, Pn. Siti Salha binti Hj. Mustafa (Pegawai Teknologi Pendidikan II) yang mula bertugas pada 16 Mei 2011. Seterusnya dibantu oleh Pn. Masniza binti Wahid (Pembantu Tadbir N17) bermula 1 Mac 2007 dan Mohd Ramzi bin Mohd Rasid (Juruteknik Komputer FT17) ditempatkan pada 19 Mac 2009.
Selain itu Pusat Kegiatan Guru Jerteh merupakan Pusat Kegiatan Guru yang mempunyai bilangan sekolah ahli paling banyak iaitu 32 sekolah, 6 buah Sekolah Menengah dan 26 buah Sekolah Rendah.

CARTA ORGANISASI PKG JERTEH

EN. ALHAM RADZIE BIN JUSOH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN I

PN. SITI SALHA BINTI HJ. MUSTAFA
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN II

PN. MASNIZA BINTI WAHID
PEMBANTU TADBIR


EN. MOHD RAMZI BIN MOHD RASID
JURUTEKNIK KOMPUTER

Apr 14, 2011

BENGKEL PEMANTAPAN IQPSS



Pada 11-13 April 2011, PKG Daerah Besut telah menganjurkan Bengkel Pemantapan IQPSS yang diadakan di PKG Jerteh. Selama tiga hari bengkel tersebut diadakan mengikut peserta yang telah ditetapkan. Peserta ini terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan ICT sekolah-sekolah di Daerah Besut. Ini adalah bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan guru-guru dalam membuat pengisian berkenaan Pusat Sumber Sekolah yang merupakan Program Penarafan Bintang Index Kualiti Pusat Sumber Sekolah secara online KPM.

Mar 3, 2011

MESYUARAT JKPA BIL.1/2011


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Jerteh Bil.1/2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 3/3/2011. Mesyuarat ini telah dihadiri wakil BTPN Terengganu oleh Tuan Haji Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Hassan, ahli PKG Jerteh yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta wakil dari sekolah masing-masing. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh YM Engku Naimah bt. Engku Taib, Guru Besar SK Pusat Jerteh. Mesyuarat bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

BENGKEL PEMANTAPAN ICT



Selama tiga hari, bermula 1 Mac 2011 PKG Daerah Besut telah menganjurkan Bengkel Pemantapan ICT yang diadakan di PKG Jerteh. Bengkel ini diadakan mengikut peserta yang telah di tetapkan hari yang terdiri daripada Guru Penyelaras Bestari dan ICT sekolah-sekolah di Daerah Besut. Penceramah di jemput khas dari SK Alor Keladi iaitu Ustaz Mohd Yusof Bin Ismail. Peserta telah didedahkan tentang bagaimana ingin menggunakan CD Windows 7 PE.

JAWATANKUASA PENGURUSAN PKG

Pengerusi
Guru Besar SK Pusat Jerteh

Naib Pengerusi Menengah
Pengetua SMK Seri NeringNaib

Naib Pengerusi Rendah
Guru Besar SK Bukit Kenak

Setiausaha
Pegawai Teknologi Pendidikan I (DGA32)

Penolong Setiausaha
Pegawai Teknologi Pendidikan II (DGA29)

Pengerusi JK Pembangunan PSS
Guru Besar SK Tok Raja

Pengerusi JK Kerja Latihan & Penghasilan
Pengetua SMA Ittifakiah

Pengerusi JK Kerja Teknologi Maklumat
Pengetua SMK Renek

Pengerusi JK Kerja Sosial & Kebajikan
Pengetua SMK Pelagat

Feb 23, 2011

BENGKEL PENSTORAN BAHAN DIGITAL UNTUK GURU BAHASA MELAYUTAHUN 1



PKG Daerah Besut telah mengadakan bengkel untuk guru Bahasa Melayu tahun 1 selama 2 hari iaitu pada 21 hingga 22 Februari 2011. Bengkel ini bertajuk Bengkel Penstoran Bahan Digital Untuk Guru Bahasa Melayu Tahun 1. Peserta bengkel ini melibatkan semua guru bahasa melayu tahun 1 di Daerah Besut. Bengkel ini diadakan di PKG Jerteh. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mengajar guru-guru bagaimana untuk membuat lembaran kerja yang terdapat di dalam CD MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris). Ceramah telah disampaikan oleh En. Mamat Bin Kifli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Payong dan di bantu oleh 5 orang fasilitator.

Jan 3, 2011

SEKOLAH AHLI

SEKOLAH MENENGAH 


  • TEA 0059    SMK SERI NERING
  • TEA 0077    SMK JABI
  • TEA 0071    SMK PELAGAT
  • TEA 0070    SMK RENEK
  • TEA 0078    SMK TOK DOR
  • TFT 0002    SMA ITTIFAKIAH

SEKOLAH RENDAH

  • TBA 0033    SK KAMPUNG BAHARU TOK DOR
  • TBA 0003    SK ALOR LINTAH
  • TBA 0004    SK KERANDANG
  • TBA 0019    SK TOK RAJA
  • TBA 0023    SK PUSAT JERTEH
  • TBA 0024    SK BUKIT KENAK
  • TBA 0025    SK TANAH MERAH
  • TBA 0026    SK APAL
  • TBA 0027    SK JABI
  • TBA 0028    SK RENEK
  • TBA 0029    SK OH
  • TBA 0030    SK TEMPINIS
  • TBA 0031    SK BUKIT JEROK
  • TBA 0032    SK TOK DOR
  • TBA 0043    SK PADANG LUAS
  • TBA 0045    SK AYER TERJUN
  • TBA 0046    SK TOK MOTONG
  • TBA 0055    SK KUALA KUBANG
  • TBA 0067    SK FELDA SELASIH
  • TBA 0072    SK LUBUK KAWAH
  • TBA 0075    SK SEBERANG JERTEH
  • TBA 0077    SK PELAGAT
  • TBA 0078    SK ANAK IKAN
  • TBA 0079    SK PADANG LANDAK
  • TBA 0080    SK NYIUR TUJUH
  • TBC 0063    SJKC CHUNG HWA

Jan 1, 2011

DASAR





Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan









FUNGSI PKG

FUNGSI 1:
Membantu melaksanakan aktiviti teknologi pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan

FUNGSI 2:
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di sekolah

FUNGSI 3:
Memberi khidmat sokongan pelaksanaan sekolah bestari dan pembestarian sekolah mengikut kelompok


FUNGSI 5:
Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan teknologi pendidikan

FUNGSI 6:
Membantu khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah

VISI & MISI

VISI

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan
di setiap sekolah.




MISI
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan
penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.




MOTTO

Teknologi untuk Pendidikan Bestari

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

1.  Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan TMK
     KPM di sekolah dalam tempoh dua (2) hari berkerja

2. Membangun dan membekalkan sekurang-kurangnya 100 judul
    bahan sokongan pembelajaran ke sekolah dalam tempoh setahun

3. Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam pengurusan
   Pusat Sumber Sekolah kepada sekurang-kurangnya 750 buah sekolah
   dalam tempoh setahun

4. Memastikan siaran web TV mencapai sekurang-kurangnya 99.7%
    uptime pada bila-bila masa

5. Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang 
    berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh
    setahun

HUBUNGI KAMI

PUSAT KEGIATAN GURU JERTEH,
D/A SK PUSAT JERTEH,
22000 JERTEH, BESUT,
TERENGGANU DARUL IMAN.
TEL: 09-690 2044
FAX: 09-690 2045
EMAIL: pkg_jerteh@moe.edu.my / pkgjertihbt@gmail.com
http://www.pkgjerteh@blogspot.com